Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

8 Ketetapan Majlis Akad Nikah JAIS Mulai Julai Ini Mengikut Tarikh Temujanji

2,020

Sebelum ini ramai yang merungut terpaksa membatalkan majlis akad nikah yang telah ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP) 3.0.

Jadi, ini adalah berita gembira buat semua pasangan yang ingin mendirikan masjid dan menghalalkan pasangan masing-masing.

Namun begitu, segala SOP dan 8 ketetapan pelaksanaan akad nikah yang telah disyaratkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlulah dipatuhi pasangan dan ahli keluarga.

Baca juga: Terkini, Bakal Pengantin Perlu Jalani Ujian Covid-19 Sebelum Nikah

DOKUMEN PERNIKAHAN

Oleh itu, semua pasangan negeri Selangor perlu dapatkan checklist senarai dokumen penting pernikahan ini dan buat semakan agar majlis akad nikah berjalan dengan lancar:

  1. Sijil Kursus Praperkahwinan (bagi yang belum anda, anda boleh ikuti kursus kahwin secara online atau temuduga khas mengikut negeri)
  2. Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan
  3. Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi lelaki (Saksi Borang)
  4. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan
  5. Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  6. Surat pengesahan status pemohon dari Majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah)
  7. Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
  8. Salinan Kad Pengenalan Wali (Bagi perempuan)
  9. Sijil Nikah Ibu Bapa dan Salinan (Bagi perempuan)
  10. Sijil Kematian Bapa (Jika wali selain bapa)
  11. Sijil Cerai/Kematian & Sijil Nikah serta Salinan (Sekiranya anda duda/janda)
  12. Surat Akuan Memeluk Islam (Bagi Mualaf)
  13. Akuan Bersumpah Belum Berkahwin / Perintah Pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (Bagi Mualaf)
  14. Kebenaran Mahkamah (Sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda
  15. Kebenaran Khas Majikan (Bagi anggota Polis/Tentera)
  16. Kebenaran Khas Istana (Jika berkahwin dengan kerabat Diraja)
  17. Dokumen tambahan jika anda berkahwin di negeri bukan negeri kelahiran, warga asing, atau pemastautin tetap.
  18. Borang ujian saringan HIV

Rujuk: Nikah PKP 3.0, Ini SOP Untuk Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan Perlu Tahu. Semak Dokumen Penting Yang Diperlukan Disini

8 KETETAPAN PELAKSANAAN MAJLIS AKAD NIKAH JAIS

Bagi menjaga keselamatan semua pihak berikutan pandemik Covid-19, pelaksanaan majlis akad nikah di negeri Selangor adalah mengikut ketetapan  yang telah digariskan JAIS seperti berikut:

  1. Pelaksanaan denga kehadiran fizikal pihak-pihak di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daearah (PAID) sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.
  2. Telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah daripada JAIS dan PAID.
  3. Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali. Individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.
  4. Telah mendapat KEBENARAN BERKAHWIN di bawah seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 & Keputusan Ujian Saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.
  5. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali WAJIB menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh 72 jam (3hari) dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada Pendaftar sebelum majils idlaksanakan.
  6. Pihak-pihak terlibat WAJIB  mematuhi ketetapan semasa MKN. KKM dan Kerajaan Negeri Selangor  berkaitan langkah-langkah keselamatan.
  7. Jika terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah.
  8. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dan peraturan semasa yang ditetapkan.

Jadi, bagi pasangan yang ingin bernikah mulai 1 Julai ini, boleh ikuti segala 8 ketetapan pelaksanaan akad nikah yang telah digariskan dan membuat persediaan yang secukupnya sebelum melangsungkan majlis akad nikah.

Pastikan ahli keluarga memahami segala peraturan yang ditetapkan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Pernikahan JAIS mulai 1 Julai 2021, sila hubungi JAIS dan PAID di nombor berikut:

8 Ketetapan Majlis Akad Nikah JAIS Mulai Julai Ini Mengikut Tarikh Temujanji

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...