Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkini, Bakal Pengantin Perlu Jalani Ujian Covid-19 Sebelum Nikah

1,099

Jika di Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan akad nikah dilakukan secara online atau sidang video, terkini Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) pula menyatakan prosedur baru sebelum bernikah.

Baca juga: JAIS: Kahwin Online Dibenarkan Mulai 4 Februari Ini

Untuk pengetahuan anda, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian Covid-19 sebelum menjalani akad nikah di Kedah, bermula 1 Februari ini.

TEMPOH HANTAR KEPUTUSAN UJIAN COVID-19

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh:

  • Tiga hari sebelum akad nikah berlangsung

KEBENARAN RENTAS NEGERI & DAERAH

Bakal pengantin boleh melakukan ujian Covid-19 di mana-mana:

  • Fasiliti kesihatan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Swasta

Kos ujian pula perlu ditanggung sendiri oleh bakal pengantin.

Manakala bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis, manakala JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk tujuan berkenaan (merentas daerah atau negeri).

Rujuk: Download Contoh Surat Mohon Kebenaran Rentas Daerah / Negeri Sepanjang PKP 2021

SOP NIKAH PERLU DIPATUHI

Akad nikah juga hanya akan dilaksanakan di PAID dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dan hanya boleh dihadiri:

  • Jurunikah
  • Saksi
  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Seorang wali
NOTA: Jurunikah yang terlibat adalah tiga Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (PPNCR) yang bertugas mengikut sistem penggiliran ditetapkan.

KURSUS PRA PERKAHWINAN DITANGGUHKAN

Kursus pra perkahwinan pula akan ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiada pengiktirafan sijil kursus pra perkahwinan yang dilaksana secara dalam talian.

Bagi menggantikan kursus pra perkahwinan, proses temuduga akan dilakukan dan dengan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di negeri Kedah.

PERINGATAN: Pihak PAID berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan yang ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...