Nikah PKP 3.0, Ini SOP Untuk Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan Perlu Tahu. Semak Dokumen Penting Yang Diperlukan Disini
Siapa cakap sepanjang tempoh PKP 3.0 tidak boleh bernikah? Boleh sebenarnya (kecuali negeri Johor dan Negeri Sembilan) dan bakal pengantin lelaki serta perempuan perlulah patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Agama Islam negeri masing-masing agar anda tidak dikenakan kompaun.
Selain daripada itu, jangan lupa sediakan dokumen penting yang diperlukan agar proses permohonan berjalan lancar sehingga hari akad nikah anda.
Juga, dapatkan senarai dokumen penting untuk hari bersejarah anda disini.
SENARAI DOKUMEN PENTING
Isi Kandungan
Dapatkan checklist senarai dokumen penting pernikahan anda seperti yang dikongsikan ini dan semak agar ianya tidak tercicir.
- Sijil Kursus Praperkahwinan (bagi yang belum anda, anda boleh ikuti kursus kahwin secara online atau temuduga khas mengikut negeri)
- Kad Pengenalan dan Salinan kad pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi lelaki (Saksi Borang)
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan
- Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
- Surat pengesahan status pemohon dari Majikan (Muslim Islam) atau Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah)
- Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu Mukim atau Penghulu Kanan (Di Pejabat Daerah) ** jika alamat tempat tinggal kini berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan.
- Salinan Kad Pengenalan Wali (Bagi perempuan)
- Sijil Nikah Ibu Bapa dan Salinan (Bagi perempuan)
- Sijil Kematian Bapa (Jika wali selain bapa)
- Sijil Cerai/Kematian & Sijil Nikah serta Salinan (Sekiranya anda duda/janda)
- Surat Akuan Memeluk Islam (Bagi Mualaf)
- Akuan Bersumpah Belum Berkahwin / Perintah Pembubaran Perkahwinan dari Mahkamah (Bagi Mualaf)
- Kebenaran Mahkamah (Sekiranya anda ingin berpoligami/wali hakim/ janda
- Kebenaran Khas Majikan (Bagi anggota Polis/Tentera)
- Kebenaran Khas Istana (Jika berkahwin dengan kerabat Diraja)
- Dokumen tambahan jika anda berkahwin di negeri bukan negeri kelahiran, warga asing, atau pemastautin tetap.
- Borang ujian saringan HIV
Baca juga: Sila Kemaskini Maklumat Pada MySejahtera Anda Sebagai Langkah Berjaga-Jaga Ini Cara Kemaskini
SOP TERKINI NIKAH PKP 3.0
Anda juga boleh membuat semakan SOP terkini bagi sepanjang tempoh PKP 3.0 dan patuhinya agar Covid-19 tidak lagi menular dikalangan kita.
ATAU semak senarai lengkap SOP berikut:
Click to access SOP-AM-PKP-Seluruh-Negara-Kemaskini-2-Jun-2021.pdf
Anda juga boleh dapatkan prosedur pernikahan semasa PKP 3.0 melalui Jabatan atau Majlis Agama negeri masing-masing dan pastikan ianya dilakukan dengan lebih awal agar semuanya berjalan dengan lancar.
Semoga segala urusan anda berjalan lancar dan jangan lupa, patuhi SOP ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.