Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

2,918

Usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh membuat permohonan pembiayaan segera melalui Skim Mikro Kredit Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang disediakan bermula 1 April 2021.

BSN Micro PEMERKASA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.

BSN juga perlu mengendalikan dana sebanyak RM300 juta untuk Skim Mikro Kredit Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan bantuan yang akan diberikan adalah sehingga RM50,000 bagi mereka yang lulus permohonan.

Baca juga: Pelbagai Kemudahan Mikro Kredit Sehingga RM250,000 & Pelbagai Program Untuk Jana Pendapatan

4 JENIS SKIM PEMBIAYAAN SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA

Skim Mikro Kredit PEMERKASA telah menawarkan 4 jenis Skim Pembiayaan iaitu:

  • BSN Micro/i PEMERKASA: Bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd.
  • BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN: Bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad yang memerlukan dana bagi menampung kos tetap operasi perniagaan sehingga enam bulan termasuk gaji pekerja, bil utiliti dan sewaan.
  • BSN Micro/i PEMERKASA-NITA: Bagi usahawan wanita.
  • BSN Micro/i PEMERKASA BELIA: Bagi usahawan muda berusia 30 tahun dan ke bawah.

CIRI-CIRI SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA

Ciri yang terdapat di dalam Skim Mikro Kredit PEMERKASA ialah:

  • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
  • Amaun Pinjaman: RM5,000 sehingga RM50,000
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
  • Kadar Keuntungan/Faedah: 3.00% setahun

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Mikro Kredit PEMERKASA adalah seperti berikut:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
    Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

SEKTOR PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA

Sektor perniagaan yang layak memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA ialah:

  • Peruncitan dan pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan

 Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

DOKUMEN SOKONGAN

Untuk melengkapkan permohonan, sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

CARA MEMOHON SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA

Untuk memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA adalah:

  • Muat turun Borang Permohonan, isikan dengan lengkap dan hantarkannya kepada BSN bahagian Skim Mikro Kredit PEMERKASA.
  • Terus kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan BSN yang terdekat dengan anda.

BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat. lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Mikro Kredit PEMERKASA, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...