Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelbagai Kemudahan Mikro Kredit Sehingga RM250,000 & Pelbagai Program Untuk Jana Pendapatan

1,795

Pelbagai kemudahan mikro kredit telah disediakan oleh pihak Kerajaan dengan kerjasama agensi yang lain sebagai sokongan kepada para usahawan memajukan perniagaan masing-masing.

Melalui program PEMERKASA, kali ini Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp.

Usahawan PKS yang belum pernah membuat permohonan GKP, boleh membuat permohonan baharu GKP 3.0 bermula 1 April 2021 nanti.

Rujuk: PEMERKASA GKP 3.0: Bantuan RM1,000 Dibuka Mulai 1 April 2021

4 PENYEDIA PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT

Terdapat 4 penyedia yang menyediakan program pembiayaan mikro kredit ialah:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • TEKUN Nasional
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • SME Corp.

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

  • Dana sebanyak RM300 juta akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga RM50 ribu.
  • Kadar faedah telah dikurangkan daripada 3.5% kepada 3%.
  • Tempoh pinjaman adalah untuk 5 tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

TEKUN NASIONAL

  • Dana tambahan sebanyak RM60 juta untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.
  • Program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10 ringgit. Bagi melengkapi inisiatif ini, motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100% duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.
  • Program TEKUN POS-preneur diperkenalkan kepada pemohon menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan. Bantuan pembiayaan diberikan sehingga RM20,000 untuk tujuan baik pulih kenderaan, dan sehingga RM50,000 untuk pembelian van atau lori.

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

  • Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan dengan keutamaan untuk membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.
  • Sebanyak RM50 juta disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga RM50,000 pada kadar faedah serendah 3%.

Baca juga: MARA: 13 Senarai Bantuan / Pinjaman Perniagaan. Semak Syarat Permohonan Disini

SME CORP.

  • RM50 juta untuk membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan sehingga RM250,000.
  • Kadar faedah serendah 3%.

Pelbagai Kemudahan Mikro Kredit Sehingga RM250,000 & Pelbagai Program Untuk Jana Pendapatan

Baca juga: 10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

Sebarang maklumat lanjut mengenai kemudahan pembiayaan mikro kredit akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...