Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang. Semak Kategori Yang Layak Mohon

2,109

Sebenarnya, kerajaan negeri masing-masing ada menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat masing-masing dan ada yang tidak tahu bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan.

Bagi rakyat negeri Pualu Pinang pula, anda boleh membuat permohonan untuk kebajikan melalui iSejahtera Pulau Pinang.

Permohonan adalah secara online dan anda boleh semak kategori yang manakah anda layak untuk buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN ISEJAHTERA PULAU PINANG

Warga Pulau Pinang yang layak untuk Bantuan Kebajikan iSejahtera boleh membuat permohonan mulai sekarang.

TARIKH BAYARAN ISEJAHTERA

Bayaran iSejahtera Fasa 1 akan dikreditkan secara berperingkat mulai:

  • 25 Januari 2022 (Bagi permohonan sebelum ini)

KATEGORI BANTUAN KEBAJIKAN

Untuk pengetahuan anda juga, bantuan kebajikan iSejahtera Pulau Pinang disasarkan kepada warga Pulau Pinang daripada golongan-golongan berikut:

  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Ibu Tunggal
  • Suri Rumah
  • Bayi Berumur 2 tahun ke bawah

KADAR BAYARAN BANTUAN KEBAJIKAN iSEJAHTERA

Kadar bayaran untuk Bantuan Kebajikan iSejahtera Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Bayaran Satu Kali Setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  • Program Ibu Emas: RM100
  • Program Bantuan OKU: RM150

Bayaran secara One-Off

  • Program Anak Emas: RM200
  • Khairat Kematian: RM1,000

Cara Mohon Bantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang. Semak Kategori Yang Layak Mohon

CARA BUAT PERMOHONAN BARU & SEMAK

Bagi anda yang ingin buat permohonan baru Bantuan iSejahtera dan buat semakan permohonan, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

  • Klik Permohonan iSejahtera.
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  • Klik SEMAK atau MOHON.

Cara Mohon Bantuan Kebajikan iSejahtera 2022 Pulau Pinang. Semak Kategori Yang Layak Mohon

Baca juga: Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Pulau Pinang. Ini Syarat Yang Ditetapkan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai bantuan iSejahtera Pulau Pinang, sila hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian berikut:

  • 04-650 5699
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...