Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Pulau Pinang. Ini Syarat Yang Ditetapkan

1,782

Kerajaan Pulau Pulau sangat prihatin dengan rakyatnya kerana menyediakan satu program yang bermanfaat buat ibu tunggal di Pulau Pinang.

Program yang disediakan oleh kerajaan Pulau Pinang adalah Program Bantuan Ibu Tunggal dengan bayaran sebanyak RM100 setahun.

Ingin memohon Program Bantuan Ibu Tunggal? Baca dahulu info yang dikongsikan ini dan sekiranya layak barulah anda digalakkan untuk membuat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa atau pada masa yang akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa.

Baca juga: [SUKA] Sukarelawan Diperlukan! Ini Cara Mohon Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor

SYARAT -SYARAT PERMOHONAN

Apakah syarat permohonan Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Pulau Pinang?

Semak syarat permohonan Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Pulau Pinang disini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  • Bercerai atau kematian suami
  • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
  • Tidak berkahwin semula.
  • Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada
  • Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

Lengkapkan permohonan anda dengan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
  • Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Pulau Pinang. Ini Syarat Yang Ditetapkan

Selain itu, terdapat juga bantuan yang lain seperti berikut:

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM130 tahunan
  • Program Bantuan OKU: RM130 tahunan
  • Program Ibu Tunggal: RM100 tahunan
  • Program Anak Emas: RM200 ‘one-off’
  • Program Ibu Emas: RM100 tahunan
  • Sumbangan Pukat: 2 kali setahun

Permohonan boleh dibuat melalui pautan ini:

Baca juga: Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM Terengganu. Mohon Segera Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Pulau Pinang sila hubungi iSejahtera di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...