Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Q&A (Soalan Lazim) Pengambilan Jawatan Polis Diraja Malaysia. Semak Soalan & Jawapan Disini

1,805

e-Pengambilan PDRM telah membuka permohonan jawatan Konstabel Gred YA1 lelaki yang telah dibuka mulai 2 Ogos 2021 yang lalu.

Permohonan juga adalah secara online melalui portal rasmi ePengambilan dan anda perlu membuat permohonan dengan segera sebelum 15 Ogos 2021 ini.

Bagi anda yang mempunyai pelbagai soalan yang berkaitan dengan permohonan jawatan Polis Diraja Malaysia, boleh rujuk Q&A atau soalan lazim yang dikongsikan disini berserta jawapannya.

SYARAT KELAYAKAN KONSTABEL GRED YA1 LELAKI

Syarat kelayakan bagi jawatan Konstabel Gred YA1 lelaki ialah:

Q&A (SOALAN LAZIM) PENGAMBILAN JAWATAN PDRM

Antara soalan yang selalu ditanya mengenai pengambilan jawatan PDRM ialah:

PENGAMBILAN

Jawatan beruniform yang ditawarkan dalam PDRM adalah secara Lantikan Terus dan juga Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Jawatan Inspektor
  • Jawatan sarjan
  • Jawatan Konstabel
  • Jawatan Konstabel Orang Asli
  • Jawatan Konstabel Sokongan

KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan minimum akademik yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • Konstabel Sokongan: Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Konstabel: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Kadet Sarjan: Diploma
  • Inspektor: Ijazah

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan fizikal bagi memohon jawatan-jawatan dalam PDRM adalah seperti berikut:

a. Jawatan Inspektor, Sarjan dan Konstabel

  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu.
  • Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
  • Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

b. Jawatan Konstabel Orang Asli

  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m (lelaki) tanpa sepatu
  • Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
  • Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

c. Jawatan Konstabel Sokongan

  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu
  • Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

CARA MOHON

Permohonan adalah melalui epengambilan atau dipautan ini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/?

Q&A (Soalan Lazim) Pengambilan Jawatan Polis Diraja Malaysia. Semak Soalan & Jawapan Disini

TEMPAT UJIAN FIZIKAL

Calon yang berjaya pada peringkat awal akan dipanggil untuk menjalani ujian fizikal dalam tempoh satu hari di institusi-institusi latihan PDRM yang telah ditetapkan.

Antara ujian yang dilakukan adalah mengukur ketinggian dan berat badan, memeriksa keseluruhan badan, kecergasan calon, command kawad.

PERSEDIAAN UJIAN FIZIKAL

Calon yang dipanggil perlulah membuat beberapa persediaan penting seperti:

  • Berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T)
  • Berkasut
  • Berambut pendek dan kemas
  • Membawa alat tulis secukupnya
  • Pakaian sukan semasa menjalani ujian fizikal.

SOALAN PALING FEMES DITANYA

Antara soalan femes yang selalu ditanya oleh pemohon jawatan PDRM adalah:

May be an image of text that says 'Q&A WITH PDRM SOALAN Saya telah membuat permohonan jawatan di dalam PDRM, berapa lama tempoh masa untuk saya mengetahu keputusan permohonan? JAWAPAN Keputusan permohonar jawatan di dalam PDRM tidak mempunyai tempoh masa yang ditetapkan, ia bergantung kepada kekosongan dan keperluan semasa. Sebarang pemakluman hebahan akan disiarkan di Portal dan Facebook rasmi Unit Pengambilan PDRM. f Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia PDRMsia_Official Terbitan Konsep: Urus Setia (KmKorpora'

INFORMASI TERKINI

Informasi terkini mengenai pengambilan jawatan PDRM boleh dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...