Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM Terengganu. Mohon Segera Disini

2,452

Ingin sambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam dan luar negara tetapi memerlukan sedikit bantuan kewangan?

Jika ya, pelajar anak-anak Terengganu dipelawa untuk memohon Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM yang telah dibuka permohonannya sehingga 31 Ogos 2021.

Permohonan adalah secara online pada pautan MAIDAM yang akan dikongsikan nanti.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM adalah mulai:

  • 1 Ogos 2021

Pelajar juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  •  31 Ogos 2021

Baca juga: [Baitulmal MAIWP] Cara Mohon Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian Tinggi Luar Negara (Mesir & Jordan)

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM adalah:

  • Secara online sahaja

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPTA/IPTS DALAM & LUAR NEGARA FASA KEDUA MAIDAM

Pastikan anda membaca terlebih dahulu syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Asnaf: Fisabilillah dan Miskin
  • Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  • Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di Institut pengajian awam atau swasta.
  • Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  • Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
  • Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

SYARAT KHUSUS PERMOHONAN BANTUAN IPT DALAM & LUAR NEGARA

Syarat khusus permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

No photo description available.

KAEDAH PERMOHONAN

Cara mohon Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM adalah seperti berikut:

Seterusnya lengkapkan permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM dengan sertakan bersama dokumen lengkap seperti berikut:

No photo description available.

  • Seterusnya hantar borang permohonan anda beserta dokumen yang diperlukan ke Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM atau pos ke alamat berikut:

Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1,
Bazar MAIDAM,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Baca juga: Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat mengenai Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara Fasa Kedua MAIDAM di Pusat Urusan Zakat Daerah melalui saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...