Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Baitulmal MAIWP] Cara Mohon Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian Tinggi Luar Negara (Mesir & Jordan)

1,778

Pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi ke luar negara Mesir dan Jordan tetapi tidak mendapat sebarang biasiswa dipelawa untuk memohon Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bagaimana pula dengan syarat kelayakan untuk permohonan Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Mesir dan Jordan?

Semak sini dan teruskan permohonan anda sebelum tarikh tamat.

BIASISWA BAITULMAL MAIWP BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI IPT LUAR NEGARA (MESIR DAN JORDAN) SESI 2021/2022

Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Mesir dan Jordan dibuka untuk pengambilan baru bagi Sesi 2021/2022.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi tahun Pengajian 2019 & 2020 untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2021/2022 di MESIR & JORDAN.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang Bermula RM600 Hingga RM2,000

TARIKH PERMOHONAN

Anda sudah boleh membuat permohonan mulai tarikh berikut:

  • 4 Ogos hingga 21 Ogos 2021

PROGRAM & INSTITUSI YANG DITAJA

Program dan institusi yang ditaja adalah mengikut negara seperti berikut:

MESIR

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab: Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah: Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat: Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi: Universiti Al-Azhar (Uni.Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)

JORDAN

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah (Bahasa Arab / Usuluddin / Muamalat Perbankan Islam / Usul dan Fiqh): Universiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-Albayt

SYARAT UMUM

Semak syarat umum kelayakan seperti yang ditetapkan oleh Baitulmal MAIWP seperti berikut:

  • Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah (tiada melakukan salahlaku disiplin dan cemerlang ko-kurikulum.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

SYARAT KHUSUS

PENGAJIAN DI MESIR

Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz, DAN:
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.

Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik .

Bagi calon yang memohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej / universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA). DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.

Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) DAN Lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C)

PENGAJIAN DI JORDAN

Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah ( Bahasa Arab / Usuluddin / Usul dan Fiqh ) mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 6 matapelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik)

CARA MOHON

Dapatkan borang permohonan disini:

Nota: Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

May be an image of text that says 'TAWARAN BIASISWA BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI LUAR NEGARA (MESIR & JORDAN) MAIWP PENGAMBILAN BARU SESI 2021/2022 DIBUKA PADA 4 OGOS 21 OGOS 2021 Syarat Umum: Islam Warganegara Malaysia Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari tahun Tertakluk pada pengiraan haddul kifayah PERMOHONAN MELALUI GOOGLE FORM http://eatat.com/ma/mpkualolumpur Untuk maklumat lanjut sila layari laman web maiwp www.maiwp.gov.my Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini Kuala Lumpur: 019-200 4270 019-200 4689 Labuan 013-851 4066 Putrajaya: Putrajaya:011-5949 5949 6216 011- 6303 8443 www.maiwp.gov.my @maiwphq'Baca juga: 30 Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa Bantuan Yang Boleh Anda Pohon? Semak Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Mesir dan Jordan sila hubungi ditalian berikut:

  • Kuala lumpur : 019-200 4270 / 019 -200 4686
  • Labuan : 013-851 4066
  • Putrajaya : 011 5949 6216 / 011-6303 8443
    (Unit Pembangunan Akademik – IPTL)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...