Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang Bermula RM600 Hingga RM2,000

3,081

Alhamdulillah syukur kerana berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

Bagi pelajar yang menetap di Pulau Pinang dan dapat sambung pengajian di IPTA/IPTS sama ada di dalam atau luar negara tetapi kurang sumber kewangan dipelawa untuk memohon Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

Nak mohon? Ini cara mohon serta semak syarat kelayakan permohonan untuk rujukan anda.

Baca juga: Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Sehingga RM1,300. Ini Tarikh Terima Bayaran BKC Mengikut Kategori

TUJUAN BANTUAN PERMULAAN KE IPT ZAKAT PULAU PINANG

Tujuan sebenar Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang ialah:

  • Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam dan luar negara.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang adalah:

  • Dibuka sepanjang tahun

Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.

CARA MOHON BANTUAN PERMULAAN KE IPT ZAKAT PULAU PINANG

Permohonan Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang adalah mengikut kategori seperti berikut:

Bantuan Permulaan IPT (Dalam Negeri)

  • Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  • Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
    Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran
  • Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  • Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  • Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)

  • Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  • Pemohon mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  • Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  • Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  • Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

CARA MOHON BANTUAN PERMULAAN KE IPT

Cara mohon Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Bantuan Permulaan IPT (Dalam Negeri)

  • Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.
  • Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
  • Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran
  • Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sesi kemasukkan).
  • Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.

Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)

  • Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.
  • Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.
  • Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti perjalanan seperti surat tawaran belajar, salinan visa, pasport, tiket kapal terbang dan sebagainya.
  • Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar
  • Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Cara Mohon Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang Bermula RM600 Hingga RM2,000

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang bakal diterima ialah:

  • Sijil/Matrikulasi: RM600
  • Diploma: RM800
  • Ijazah: RM1,000
  • IPT Luar Negara: RM2,000

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Latihan Perintis JKM RM200 Sebulan Seorang. Dapatkan Borang Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Permulaan ke IPT Zakat Pulau Pinang, sila hubungi  Bahagian Institusi & Pendidikan ZPP di saluran berikut:

  • 04-549 8165 /8168/8178
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...