Cari Kerja Sambilan? Jom Mohon Jawatan Sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19, MADAD & APM

Adakah anda sedang mencari pekerjaan secara sambilan?

Jika ya, anda boleh memohon untuk menyertai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 seperti yang ditawarkan oleh MADAD (Murtadha Dakwah Centre) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Semak syarat kelayakan yang ditetapkan dan manfaat yang bakal diterima sekiranya mengikuti Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19.

SUKARELAWAN PENGURUSAN JENAZAH COVID-19

MADAD (Murtadha Dakwah Centre) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan pekerja separuh masa/sukarelawan untuk membantu meringankan pihak hospital dalam nguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Baca juga: Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah & Tanpa Had Gaji

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan pula adalah seperti berikut:

  • Orang awam yang mencari kerja sambilan
  • Pekerja yang ingin menambah pendapatan
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun
  • Orang awam yang ingin membantu pihak hospital menguruskan jenazah

MANFAAT

Antara manfaat yang bakal diperolehi oleh Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 ialah:

  • Elaun saguhati disediakan
  • Peluang ditawarkan berkhidmat dengan MADAD

CARA MOHON

Permohonan adalah melalui mesej seperti berikut:

  • <nama> <nombor kad pengenalan> <email> <nombor telefon> <alamat><hari boleh berkhidmat><status pekerjaan sekarang> ke nombor 013-852 9091 (Ustaz Adam)
  • Anda juga boleh memohon dengan mengisi borang secara online dengan mengimbas Kod QR dibawah.

Cari Kerja Sambilan? Jom Mohon Jawatan Sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19, MADAD & APM

Selain itu, anda juga boleh memohon satu lagi jawatan yang ditawarkan seperti lampiran dibawah.

Cari Kerja Sambilan? Jom Mohon Jawatan Sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19, MADAD & APM

Baca juga: Interview Online Dengan Syarikat Swasta Di Musim Covid? Nak Lulus? Ini 8 Tips Untuk Anda!

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong, anda boleh layari laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.