Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah & Tanpa Had Gaji

3,623

PKP 3.0 Fasa 1 dilanjutkan lagi sehingga 12 Julai 2021 dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan kepada rakyat melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pelbagai bantuan telah diumumkan dan ianya memberi manfaat kepada semua golongan rakyat termasuk pekerja dalam sektor swasta terutamanya yang terkesan akibat PKP dan pandemik Covid-19.

Rujuk: RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH

Manakala majikan akan ditampung kerajaan dengan kadar upah sebanyak RM600 setiap pekerja selama 4 bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0.

APA ITU PSU 4.0?

Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan tanpa had gaji.

TUJUAN PSU 4.0

Tujuan PSU 4.0 ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

HAD GAJI BAYARAN RM600 PSU 4.0

PSU 4.0 PEMULIH adalah berlainan dengan PSU 1.0.20 dan 3.0 kerana pelaksanaan PSU sebelum ini disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000.

Manakala bagi PSU 4.0 pula tiada lagi syarat had gaji ditetapkan.

Jadi, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000.

TEMPOH BAYARAN RM600 PSU 4.0

Tempoh bayaran RM600 sehingga 500 pekerja adalah selama:

  • 4 bulan

 

Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah & Tanpa Had Gaji

Ia membabit dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

Kerajaan telahpun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja sejak PSU diperkenalkan.

Memandangkan respon positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka bakal memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Majikan hendaklah mengemukakan permohonan PSU secara online di prihatin.perkeso.gov.my
  • Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Untuk permohonan dengan lebih lengkap, anda boleh rujuk cara mohon PSU 3.0 seperti pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info selanjutnya mengenai PSU 4.0 PERKESO dengan menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di:

  • 1 300 22 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...