Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat

Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 fasa satu sehingga 12 Julai 2021, Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri.

Terdapat pelbagai bantuan yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat yang terkesan dari pelbagai segi terutamanya dari sudut pendapatan keluarga masing-masing.

Malah, kerajaan juga cenderung untuk mempercepatkan pelaksanaan vaksin negara agar negara cepat pulih daripada pandemik Covid-19 yang sedang melanda sekarang.

TIGA FOKUS UTAMA PEMULIH

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinasi

INTIPATI PEMULIH PKP 3.0 FASA 1

Antara intipati PEMULIH PKP 3.0 Fasa 1 yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat adalah seperti berikut:

  • Kemudahan pengeluaran baharu KWSP iaitu i-Citra dengan pengeluaran sehingga RM5,000 selama 5 bulan dan permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
  • Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. PErmohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.
  • Pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas juga boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in), yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
  • Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, M40 dan B40 termasuk golongan bujang bermula Ogos. Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021
  • Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos 2021.
  • Sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
  • Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal dengan elaun sekurang-kurangnya RM300 dan daftar di bawah platform MYFutureJobs.
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Ia akan disalur pada Oktober ini.
  • Kerajaan bersetuju untuk beri bayaran tambahan BPR sehingga RM500 ringgit pada bulan Julai dan ia akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun. Manakala, BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.
  • RM300,000 akan diberi kepada setiap ahli Parlimen, termasuk ahli Parlimen Pembangkang bagi Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.
  • Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.
  • Vaksin kepada pelajar SPM diutamakan dan RM600 juta untuk tambahan bekalan vaksin dan PPV serta mempercepat jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
  • Elaun khas petugas barisan hadapan,kepada 14,000 barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK akan dinaikkan daripada RM200 kepada RM600 selama enam bulan, bermula Julai 2021.
  • Pelanjutan pemberian 1gb data harian secara percuma sehinga 31 Disember 2021 oleh syarikat telekomunikasi.
  • Kerajaan memperuntukan RM125 juta melalui Human Resource Development Corporation (HRD Corp) untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah Program Janapreneur. Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30,000 orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan.
  • Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM18 juta buat bank tempatan dalam menyediakan kira-kira 30 unit bank bergerak. Merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  • PSU 4.0 tiada lagi syarat had gaji ditetapkan. Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000.
  • Bayaran tambahan BPR hingga RM500 akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun 2021.
  • Diskaun elektrik sehingga 40% untuk bil Julai sehingga September 2021.
  • GKP 4.0 Tambahan sebanyak RM1,000 kepada pemohon PKS mikro yang layak.
  • RM500 bantuan Khas OKU yang hilang pekerjaan / tiada kerja.

Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat

Dapatkan senarai bantuan PEMULIH yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.