Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

9,072

Daftar di MyFutureJobs disini dahulu sebelum menerima Elaun Mencari Pekerjaan RM300 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Sebelum ini, Elaun Mencari Pekerjaan hanya terbuka untuk pencarum PERKESO sahaja yang kehilangan pekerjaan untuk menggunakan elaun tersebut ketika mencari pekerjaan yang baru.

Selepas ini, Elaun Mencari Pekerjaan RM300 ini boleh dimanfaatkan oleh golongan sasaran berikutnya untuk digunakan sepanjang mendapatkan pekerjaan.

ELAUN MENCARI PEKERJAAN PERKESO

Untuk pengetahuan anda, Elaun Mencari Pekerjaan sebelum ini telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu pekerja yang mencari pekerjaan selepas diberhentikan kerja akibat kesan pandemik Covid-19 dan PKP.

Dalam masa yang sama, PERKESO menanggung pekerja yang kehilangan pekerjaan melalui pemberian Elaun Mencari Pekerjaan dan dilanjutkan dari semasa ke semasa.

GOLONGAN SASARAN ELAUN MENCARI PEKERJAAN RM300 PEMULIH

Seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri, Elaun Mencari Pekerjaan akan diluaskan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada:

  • Graduan baharu
  • Lepasan sekolah
  • Pekerja tidak formal

RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

CARA MOHON ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Untuk memohon Elaun Mencari Pekerjaan RM300, anda perlu mendaftar di:

RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

Nota: Cara mohon seterusnya akan dikemaskini beserta syarat permohonan Elaun Mencari Pekerjaan PEMULIH.

PROGRAM JANAPRENEUR

Kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif place and train di bawah program Janapreneur melalui HRD Group, terutamanya kepada:

  • Belia lepasan sekolah
  • Graduan

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN

Inisiatif place and train di bawah program Janapreneur akan membuka peluang kepada 30,000 peserta untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.

Anda boleh layari laman rasmi HRD Group untuk meninjau pelbagai program yang disediakan kepada anda dan ambil peluang yang tersedia ini.

RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

Baca juga: Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah & Tanpa Had Gaji

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...