Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

2,312

Bank Simpanan Nasional (BSN) mempelawa usahawan mikro dalam bidang pertanian untuk memohon Skim Pembiayaan Agrofood Facility (AF) sehingga RM250,000.

Jadi untuk menggalakkan dan meningkatkan pengeluaran makanan untuk kegunaan domestik dan eksport, BSN telah menyediakan Skim Agrofood dalam tempoh pinjaman yang agak berpatutan.

Dapatkan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

INFO RINGKAS SKIM AGROFOOD FACILITY (AF)

Kemudahan Agrofood Facility (AF) ialah skim pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan bagi kegunaan domestik dan eksport.

CIRI-CIRI SKIM AGROFOOD FACILITY (AF)

Berikut adalah ciri-ciri Skim Agrofood Facility (AF) untuk pengetahuan anda:

  • Amaun Pinjaman: Sehingga RM250,000
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 7 tahun
  •  

    Tujuan Pinjaman:
    – Modal Kerja
    – Pembelian Aset
    – Pembangunan projek pertanian

Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

SYARAT KELAYAKAN SKIM AGROFOOD FACILITY (AF)

Syarat kelayakan Skim Agrofood Facility adalah seperti berikut:

  • Skim ini terbuka kepada semua perusahaan mikro yang layak.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara dokumen  yang diperlukan untuk permohonan Skim Agrofood Facility BSN ialah:

  • Pendaftaran syarikat dengan SSM dan / atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Permit Operasi (bagi perniagaan berkaitan) / Surat Ikatan Perkongsian (jika berkenaan).
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / Pengarah.
  • Penyata Kewangan Syarikat Teraudit / Penyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian / Akaun Pengurusan (Management Account) untuk 2 tahun terkini.
  • Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 6 bulan terkini.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan Skim Agrofood Facility BSN, anda hanya perlu:

Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Credit Supervisory Team seperti berikut:

Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...