Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

2,993

Pernigaan anda terjejas lagi akibat pandemik Covid-1? Malahan anda sangat memerlukan modal untuk membiayai perniagaan yang sedia ada sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Bagi usahawan mikro yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan masing-masing, boleh membuat permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA.

Pembiayaan yang bakal diperolehi sekiranya berjaya dalam permohonan adalah sehingga RM50,000 dan boleh dimanfaatkan untuk perniagaan anda.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO (S3P)

Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) ialah:

  • Kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sekrot pertanian dan penternakan.
  • Terdiri dari kumpulan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

KEMUDAHAN DITAWARKAN

Antara kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Modal pusingan
  • Pembelian peralatan
  • Promosi dan pemasaran
  • Belanja mengurus

HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN

Had maksimum pembiayaan adalah sehingga:

  • RM50,000/kadar keuntungan 3% setahun

Tenpoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik adalah sehingga:

  • 72 bulan atau 6 tahun

SYARAT KELAYAKAN MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO (S3P)

Syarat kelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) ialah:

  • Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
  • Berusia tidak kurang 21 hingga 60 tahun
  • Melepasi tapisan carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS)
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan diceburi
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam bulan
  • Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada senarai hitam MARA

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO (S3P)

Untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P), sila layari pautan berikut:

Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

  • Hadir ke Pejabat MARA Negeri/Pejabat MARA Daerah yang terdekat

Baca juga: RM5,000 Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 Secara Online. Ini Syarat Permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...