Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM5,000 Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 Secara Online. Ini Syarat Permohonan

2,356

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), usahawan negeri Kedah dipelawa untuk memohon Skim Pinjaman Mikro Kredit (SPMK) yang berada dibawah Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK).

Skim Pinjaman Mikro Kredit (SPMK) merupakan salah satu Inisiatif Kedah Sejahtera Kerajaan Negeri Kedah khas buat usahawan yang memerlukan modal perniagaan.

Anda boleh membuat permohonan secara online mulai 22 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021 ini dan semak kelayakan terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan.

Baca juga: eCCRIS BNM Online Sepenuhnya. Ini Cara Daftar & Download Laporan CCRIS Anda. Mudah & Pantas!

TARIKH PERMOHONAN SKIM PINJAMAN MIKRO KREDIT SEJAHTERA COVID-19 NEGERI KEDAH 2.0

Tarikh permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah sudah dibuka mulai:

  • 22 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

INFO RINGKAS SKIM PINJAMAN MIKRO KREDIT SEJAHTERA COVID-19 NEGERI KEDAH 2.0

Info ringkas Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pinjaman: RM5,000.00
  • Tempoh Pinjaman: 3 Tahun (36 Bulan)
  • Bayaran Bulanan: RM150.00 Sebulan (Temasuk Caj Perkhidmatan Keseluruhan Pinjaman)
  • Jumlah Keseluruhan Bayaran Balik Pinjaman Sebanyak RM5,400.00 Sahaja.

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN

Antara syarat pinjaman Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 yang perlu dipenuhi ialah:

  • Berumur 18-60 tahun.
  • Syarikat beroperasi di Negeri Kedah sahaja.
  • Pemilik Syarikat Dilahirkan Di Negeri Kedah.
  • Permohonan terbuka kepada semua kaum.
  • Syarikat Bumiputera dan Bukan Bumiputera
  • Syarikat Mempunyai Keupayaan Membayar Balik Pinjaman
  • Daftar perniagaan SSM milik sendiri yang sah.
  • Hanya satu pemohon dari satu syarikat sahaja dibenarkan

RM5,000 Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 Secara Online. Ini Syarat Permohonan

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

RM5,000 Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 Secara Online. Ini Syarat Permohonan

Rujuk manual pengguna berikut untuk membuat permohonan anda:

Baca juga: Cara Mohon RM500 One-Off Bantuan Cakna OKU YKN (MAIWP Prihatin). Pelbagai Bangsa & Bukan Islam Boleh Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah 2.0 sila dapat di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...