Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

eCCRIS BNM Online Sepenuhnya. Ini Cara Daftar & Download Laporan CCRIS Anda. Mudah & Pantas!

4,297

Bukan senang nak ke cawangan Bank Negara Malaysia kerana bukan semua negeri terdapat cawangan BNM ini.

Contohnya penduduk negeri Perlis, perlu ke Pulau Pinang semata-mata nak berbaris untuk membuat pendaftaran eCCRIS ini.

Namun, BNM telah mengumumkan bahawa selepas ini pendaftaran eCCRIS selepas ini adalah secara online sepenuhnya dan tak perlu lagi anda pergi ke cawangan BNM untuk pengesahan identiti.

Selamat membuat pendaftaran!

Baca juga: Nak Bersihkan Nama Dari CCRIS Dengan Mudah? Ikut Tips Ini

INFO RINGKAS eCCRIS

eCCRIS merupakan satu sistem laporan yang mengandungi maklumat kredit peminjam yang telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia dan laporan CCRIS boleh didapati secara online dan percuma.

Manakala CCRIS pula mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut:

1. Kredit Belum Berbayar

  • Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar. Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.

2. Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas

  • Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.

3. Permohonan Kredit

  • Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PENDAFTARAN eCCRIS BNM SECARA ONLINE

Untuk membuat pendaftaran eCCRIS secara online, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Anda akan menerima **PIN untuk login pertama kali.
  • Lepas tekan first time login, anda perlu masukkan ID number (12 digit nombor kad pengenalan) dan PIN yang akan dihantar di nombor telefon anda.
  • Download laoran CCRIS anda.
NOTA: ** PIN akan dihantar melalui SMS dalam tempoh 3 hari berkerja untuk permohonan yang lengkap dan setelah pemohon menelefon BNM sebagai proses verifikasi. Semua maklumat dan proses ini akan dimaklumkan melalui emel.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu anda sertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bil Telco
  • 2 dokumen sokongan (lesen memandu, penyata akaun bank, bil utiliti atau penyata KWSP

INFOGRAFIK TUTORIAL eCCRIS BNM

Untuk lebih jelas, anda boleh dapatkan cara membuat pendaftaran eCCRIS secara online seperti yang ditunjukkan melalui infografik berikut:

  • Muat turun borang permohonan terlebih dahulu.

eCCRIS BNM Online Sepenuhnya. Ini Cara Daftar & Download Laporan CCRIS Anda. Mudah & Pantas!

  • Sediakan dokumen yang dinyatakan ini untuk melengkapkan permohonan anda.

  • Download borang anda disini.

eCCRIS BNM Online Sepenuhnya. Ini Cara Daftar & Download Laporan CCRIS Anda. Mudah & Pantas!

  • Isikan maklumat anda pada borang ini.

  • Emel daripada BNM dan sila hubungi BNM untuk dapatkan Password dan verify identiti anda melalui telefon bagi mendapatkan PIN yang akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja ke nombor telefon bimbit anda.

  • Juga boleh dapatkan maklumat berkaitan cara mendaftar eCCRIS pada bahagian USER GUIDE & FAQS.

CONTOH LAPORAN CCRIS

Berikut adalah contoh CCRIS yang telah dimuat turun.

Baca juga: Cara Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Ke Bank Negara. Buat Secara Online & Percuma Sahaja

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...