Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Bersihkan Nama Dari CCRIS Dengan Mudah? Ikut Tips Ini

1,949

Rekod CCRIS tak cantik? Macam mana nak buat pinjaman dengan bank kalau macam ini? Biasanya pihak bank akan membuat semakan CCRIS dan CTOS sekiranya seseorang pelanggannya ingin mmebuat pinjaman dengan mereka. Mengapa pihak bank membuat semakan CCRIS?

Ini adalah untuk memastikan bakal peminjam tersebut boleh membuat bayaran pinjaman dan tidak mempunyai komitmen hutang yang terlalu tinggi sehingga tidak mampu membuat pembayaran semula pinjaman.

3 CARA CANTIKKAN REKOD CCRIS DENGAN MUDAH & CEPAT

Dikongsikan disini cara untuk cantikkan rekod CCRIS anda sekaligus pinjaman anda diluluskan dengan mudah dan cepat oleh pihak bank.

1 JELASKAN PEMBAYARAN MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN

Jika anda pernah membuat pinjaman sebelum ini seperti pinjaman kereta, kad kredit dan PTPTN, sila jelaskan setiap hutang ini mengikut masa yang ditetapkan.

Contohnya, pembayaran pada 13 November. Anda perlu jelaskan pada tarikh atau bulan tersebut dan bukan pada bulan berikutnya ya. Ini akan menyebabkan rekod CCRIS anda mempunyai tunggakan bulanan dan tidak tercatat ‘0’. Kan dah tak cantik tu.

2 BAYAR PINJAMAN DENGAN JUMLAH YANG SECUKUPNYA

“Ikut suka sayalah nak bayar berapa pun. Bayar juga kan?”

Jangan buat begini sekiranya anda ingin rekod CCRIS anda cantik seperti yang diharapkan. Jika anda perlu membayar hutang-hutang anda sebanyak RM200 sebulan, pastikan jumlahnya tidak kurang. Jika lebih tidak mengapa. Hutang pun cepat berkurang. Jika kurang, ianya juga dianggap sebagai tunggakan bulanan tau.

3 KURANGKAN MEMBUAT HUTANG

Jika tidak mampu, jangan tambahkan hutang yang sedia ada. Ada peminjam yang berfikiran sekiranya buat pembiayaan baru, bolehlah membayar hutang yang sedia ada. TIDAK! Anda sebenarnya menambah bebanan hutang yang sedia ada.

Tolong jangan ambil risiko dengan membuat hutang baru jika tidak mampu.

CHECK CCRIS SECARA ONLINE

Tahukah anda sekarang ini anda tidak perlu lagi ke Bank Negara untuk check laporan CCRIS? Anda boleh sahaja dapatkan laporan CCRIS anda secara online sahaja malah percuma pula tu.

Nak tahu caranya? Klik sahaja pautan ini :

CHECK CCRIS ONLINE

Nak Bersihkan Nama Dari CCRIS Dengan Mudah? Ikut Tips Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi BNMTELELINK di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...