Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara DIY Design Sendiri Kad Kahwin Guna Microsoft Publisher

2,816

Tak semua bakal pengantin mempunyai bajet yang besar untuk majlis perkahwinan dan kalau boleh nak jimatkan bajet termasuk kad undangan perkahwinan.

Kalau begitu, bakal pengantin boleh je buat kad undangan perkahwinan sendiri mengikut tutorial yang akan dikongsikan disini.

Katanya sangat senang kerana menggunakan Microsoft Publisher je untuk siapkan kad perkahwinan anda tu. Jom kita try buat ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

CARA DIY KAD KAHWIN MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

Macam mana nak buat kad kahwin menggunakan Microsoft Publisher? Ikut sahaja cara-caranya disini:

  • Korang cari dulu siap siap gambar border dan lukis peta. Then bukak Microsoft Publisher.
  • Terus boleh pilih template dan jenis size yang korang nak. Senang korang buat satu kertas A4, muat 4 keping kad.
  • Kalau keluar macam tu, tekan je ‘NO’ sebab nanti korang duplicate je.

Musim Kahwin Kan? DIY Je Kad Kahwin Guna Microsoft Publisher

  • Setkan margin siap siap. ‘Narrow > ukuran 0.25 inci atas bawah kiri kanan’
  • Insert border yang korang dah save siap siap tadi
  • Korang google je, banyak border yang lawa lawa

Musim Kahwin Kan? DIY Je Kad Kahwin Guna Microsoft Publisher

  • Lepas dah insert border tu, adjust kasi ngam ngam dalam box
  • Masukkan Text Box untuk tajuk kad
  • Contoh macam dalam gambar tu, font dia kureng sebab dalam ni tak banyak pilihan font sangat. Kalau nak yang lawa, korang boleh download dekat website dafont.com
  • Bila dah siap kad bahagian depan, duplicate je page 1 sampai 4.
  • So, untuk kad bahagian belakang pulak, korang ikut step yang sama. Bukak Publisher > pilih template dan size > set margin narrow dan repeat step 4 sampai 7
  • Untuk kad bahagian belakang ni, biasanya guna basic shape je, tak payah border border.
  • Insert > Shapes > Rounded Rectangular
  • Lepas dah masukkan shape, masukkan Text Box
  • Dah settle type ayat jemputan dan details majlis apa semua, masukkan peta location majlis korang
  • Klik Insert > Picture
  • Dah masukkan peta, adjust lah panjang dan tinggi peta tu. Jangan kecik sangat sebab nak kasi nampak jelas bila print nanti
  • So bila dah settle,duplicate kan jugak dari 1 sampai page 4
  • Bila dah save, korang dah boleh print. Pilih yang auto flip depan belakang
  • Kalau printer korang takda function auto flip, korang print yang bahagian depan dulu. Then masukkan balik dalam try printer.
  • Dah settle! Boleh potong paper cutter. Kalau takda, gunalah pisau atau pembaris

Musim Kahwin Kan? DIY Je Kad Kahwin Guna Microsoft Publisher

Nak buat kad kahwin guna Canva? Tunggu untuk artikel yang akan datang ya!

Bagi korang yang sedang mencari tarikh-tarikh cantik untuk majlis bertunang dan berkahwin, boleh je pilih disini. Banyak tarikh cantik-cantik yang sesuai untuk majlis nanti.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...