Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Personel MySTEP Kolej FELCRA, 5 Jawatan Pensyarah Untuk Diisi

2,226

Kolej FELCRA menawarkan 5 jawatan kosong sebagai pensyarah untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah Skim Personel MySTEP FESSB sebelum 25 Jun 2021.

Permohonan adalah melalui emel dan borang permohonan boleh dimuat turun melalui artikel yang dikongsikan disini.

Semak syarat kelayakan sebelum anda membuat permohonan jawatan pensyarah di Kolej Felcra.

Baca juga: Terbang Di Awan Biru Bersama TUDM. Jom Sertai TUDM & Mohon Secara Online Sahaja Sebelum Tarikh Tutup

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Buat permohonan dengan segera sebelum:

  • 25 Jun 2021

5 JENIS JAWATAN PENSYARAH MENGIKUT SUBJEK

5 jenis jawatan pensyarah mengikut subjek yang ditawarkan ialah:

  • Pensyarah Pengurusan Perladangan
  • Pensyarah Pengurusan Sumber Manusia
  • Pensyarah Matematik / Statistik
  • Pensyarah Bahasa Inggeris
  • Pensyarah Teknologi Maklumat

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN

Syarat kelayakan adalah mengikut jawatan pensyarah seperti berikut:

Pensyarah Pengurusan Perladangan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perladangan/pertanian dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan.
  • Mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kolej.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.

Pensyarah Pengurusan Sumber Manusia

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia atau yang setara dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan.
  • Memperolehi pencapaian minimum HPNG 3.00 di peringkat Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda.
  • Mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh mana-mana kolej.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.

Pensyarah Matematik / Statistik

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memperoleh kredit dalam Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Matematik atau Statistik dengan pencapaian minimum CGPA 3.00.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 1 tahun

Pensyarah Bahasa Inggeris

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam Pendidikan TESL atau mana-mana kelayakan yang setara dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dan calon yang memiliki Sarjana akan diberi keutamaan.
  • Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam komunikasi dan kemahiran penyampaian.
  • Mempunyai kemahiran yang cekap dalam pertuturan dan penulisan bahasa inggeris.
  • Memiliki kemahiran asas komputer.

Pensyarah Teknologi Maklumat

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi yg diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi atau Sains Komputer, Kelayakan Ijazah sarjana adalah diutamakan.
  • Mendapat kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat sijil pelajaran malaysia atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh mana-mana kolej.
  • Mempunyai sekurang- kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkenaan.
  • Mempunyai kemahiran yang baik dalam mengajar perisian dan peralatan komputer.
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan sekurang – kurangnya satu (1) atau lebih aplikasi multimedia.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu muat turun borang permohonan melalui pautan berikut:

Cara Mohon Personel MySTEP Kolej FELCRA, 5 Jawatan Pensyarah Untuk Diisi

  • Isikan maklumat dengan betul dan lengkap.
  • Seterusnya simpan borang anda dalam bentuk pdf.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut dan simpan dalam bentuk pdf mengikut susunan:

  • Borang Permohonan Jawatan FESSB
  • Resume
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Akademik PMR/SPM/STPM/Diploma
  • Salinan Sijil Akademik Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Phd
  • Salinan Sijil Kokurikulum dan lain-lain sijil berkaitan
Nota: Semua salinan dokumen hendaklah telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Ketua Kaum).
Seterusnya tulis (nama jawatan yang dipohon) di ruangan tajuk email dan menghantar semua dokumen) selewat-lewatnya pada 25 Jun 2021.

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

IKLAN JAWATAN

Cara Mohon Personel MySTEP Kolej FELCRA, 5 Jawatan Pensyarah Untuk Diisi

UPDATE TERKINI MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai jawatan kosong Pensyarah Kolej FELCRA Personel MySTEP sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...