Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terbang Di Awan Biru Bersama TUDM. Jom Sertai TUDM & Mohon Secara Online Sahaja Sebelum Tarikh Tutup

3,058

Tentera Udara Diraja Malaysia telah membuka permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 (Lelaki) bagi mereka yang berminat untuk bekerja dalam bidang ketenteraan.

Sudah tentu pemohon yang berminat dengan jet fighter boleh merealisasikan impian dengan membuat permohonan yang telah dibuka buat anda.

Tunggu apa lagi? Semak syarat kelayakan dan terus membaut permohonan anda dengan segera secara online.

Baca juga: Berminat Nak Jadi Askar? Ini Cara Mohon Tentera Darat Secara Online Melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD)

TARIKH PERMOHONAN PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 (LELAKI)

Permohonan adalah secara online mulai:

  • 18 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021

SYARAT ASAS PERMOHONAN

Antara syarat asas permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  • Penglihatan:
    – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    – Tidak rabun warna
  • Pendengaran:
    – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan:
    – Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

Tinggi

  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat

  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

Indeks Jisim Badan (BMI)

  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan akademik untuk permohonan Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 (Lelaki) adalah seperti berikut:

SPM

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM

  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

DIPLOMA KEJURUTERAAN

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

CARA MOHON PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 65/22 (LELAKI)

Untuk mohon Perajurit Muda TUDM Siri 65/22 (Lelaki), sila ikuti langkah-langkah berikut:

Terbang Di Awan Biru Bersama TUDM. Jom Sertai TUDM & Mohon Secara Online Sahaja Sebelum Tarikh Tutup

  • Log masuk ke bahagian pemohon.

Terbang Di Awan Biru Bersama TUDM. Jom Sertai TUDM & Mohon Secara Online Sahaja Sebelum Tarikh Tutup

  • Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  • Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

NOTA:

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  • Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon

Baca juga: Cara Mohon Tentera Laut DiRaja Malaysia Bagi Anda Yang Berminat. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Perajurit Muda TUDM, sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di:

  • Telefon: 013-6893814 (Isnin-Jumaat / 9 pagi hingga 4 petang)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...