Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Tentera Laut DiRaja Malaysia Bagi Anda Yang Berminat. Semak Syarat Kelayakan Disini

13,974

Lepasan SPM/SVM/SKM dan lepasan Diploma Kejuruteraan lelaki dan wanita dipelawa untuk memohon pengambilan Perajurit Muda (PtM) Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah dibuka permohonannya pada 11 Jun yang lalu.

Bagi anda yang benar-benar berminat untuk menyertai TLDM sebagai Perajurit Muda (PtM)  boleh membuat permohonan secara online sahaja dan tiada lagi pengambilan secara walk-in.

Seterusnya semakl syarat kelayakan seperti yang dikongsikan disini dan mohon sebelum tarikh tutup pada 2 Julai 2021 nanti.

Baca juga: Berminat Nak Jadi Askar? Ini Cara Mohon Tentera Darat Secara Online Melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD)

SYARAT KELAYAKAN PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh setiap pemohon adalah seperti berikut:

  • Semua calon lelaki dan wanita berwarganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 28 Feb 2022.
  • Lepasan SPM dan SVM: Lelaki dan Wanita.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta: Lelaki sahaja.
  • Taraf Perkahwinan: Bujang (tidak pernah berkahwin).
  • Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

TARAF KESIHATAN

Anda juga boleh semak syarat taraf kesihatan seperti yang disyaratkan iaitu:

  • Sihat tubuh badan, penglihatan, dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan.
  • Penglihatan : Jelas tanpa cermin mata atau kanta lengkap serta tidak rabun warna.
  • Ukuran tinggi minima: Lelaki (1.62m) / Wanita (1.60m)
  • Ukuran berat minima: Lelaki (47.5kg) / Wanita (46.5kg)
  • BMI: Lelaki (18.0 – 25.0) / Wanita (18.0 – 23.0)
  • Beza ukuran dada pernafasan: Lelaki (5cm) / Wanita (4cm)

Untuk maklumat lebih lengkap, sila rujuk iklan pengambilan berikut:

Cara Mohon Tentera Laut DiRaja Malaysia Bagi Anda Yang Berminat. Semak Syarat Kelayakan Disini

Nota:

1. Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan.
2. Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

CARA MOHON PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SECARA ONLINE

Nak mohon? Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini dan ingat, pendaftaran hanya sekali sahaja.

  • Imbas Kod QR dibawah untuk membuat pendaftaran maklumat awal.

Cara Mohon Tentera Laut DiRaja Malaysia Bagi Anda Yang Berminat. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM.
  • Pada 5 Julai 2021, calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.
  • Lengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.
  • Anda akan menerima emel yang menyatakan sama ada anda berjaya/gagal selepas tapisan.
  • Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.
PERINGATAN: Hanya calon yang mendaftar secara dalam talian (online) serta memenuhi syarat yang telah dinyatakan sahaja berpeluang dipilih untuk ke pemilihan ini. Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran secara dalam talian adalah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai permohonan pengambilan Perajurit Muda (PtM) Tentera Laut Diraja Malaysia sila dapatkan di:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia-Bantuan
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak
    50634 Kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
  • Emel: [email protected]
  • Telefon: 019-2104 163
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...