Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Berminat Nak Jadi Askar? Ini Cara Mohon Tentera Darat Secara Online Melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD)

15,745

Siapa disini berminat untukmenjadi Tentera Darat atau lebih dikenali sebagai askar?

Permohonan untuk menjadi Tentera Darat Kini adalah lebih mudah kerana anda boleh memohon secara online melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD) sahaja.

Dapatkan syarat kelayakan permohonan sebagai Tentera Darat melalui perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN TENTERA DARAT MALAYSIA

Pemilihan awal secara online Tentera Darat Malaysia boleh dilakukan mulai:

  • 10 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

SYARAT ASAS PERMOHONAN TENTERA DARAT

Syarat asas permohonan Tentera Darat Malaysia adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga. 25 tahun
  • Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap, tidak rabun warna
  • Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Fizikal: Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  • Taraf Kesihatan: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
  • Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah

Baca juga: Terkini: 19 Senarai Kementerian & Agensi Memproses Permohonan Syarikat-Syarikat Beroperasi Sepanjang PKP 3.0 (CIMS 3.0)

SYARAT FIZIKAL

Tinggi

  • Ukuran tinggi minima lelaki: 1.62m
  • Ukuran tinggi minima wanita: 1.57m

Berat

  • Berat badan minima lelaki: 47.5kg
  • Berat badan minima wanita: 40.5kg

Indeks Jisim Badan (BMI)

  • Di antara 18 hingga 26.9 bagi lelaki dan wanita

KELAYAKAN AKADEMIK

  • SPM: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN: Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Peringatan: Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.

Berminat Nak Jadi Askar? Ini cara Mohon Tentera Darat Secara Online Melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD)

Rujuk pautan ini untuk maklumat lebih lanjut: http://mims.mod.gov.my/sppmtd/

CARA MOHON

Permohonan pemilihan awal adalah secara online melalui pautan berikut:

Pemohon digalakkan menggunakan Komputer atau Laptop untuk pendaftaran atas talian. Pemohon juga perlu memuat naik (upload) dokumen dan gambar dalam format pdf dan png/jpeg.

Pemohon perlu memastikan dokumen dan gambar yang dimuat naik (upload) terang dan jelas. Maklumat yang kurang jelas atau tidak tepat akan menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan.

Baca juga: Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Tentera Darat Malaysia di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...