Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

3,133

Tahukah anda bahawa pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega boleh menguruskan lebih 2,000 janji temu penerima vaksin setiap hari da akan dibuka bagi fasa ketiga Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)?

Oleh hal yang demikian, untuk melancarkan urusan janji temu penerima vaksin sepanjang tempoh ini, Sukarelawan Bukan Perubatan sangat diperlukan dan tenaga anda sangat diperlukan.

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonnan menjadi sebahagian daripada Sukarelawan Bukan Perubatan dibawah Salam Alliance ini?

Baca juga: Sertai MyVac Malaysia Vaccine Support Volunteers (Sukarelawan Bukan Kesihatan) Jabatan Belia & Sukan Sekarang. Semak Cara Mohon Disini

LOKASI PPV MEGA

Antara lokasi PPV Mega yang dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah seperti berikut:

  1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  2. Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil
  3. Pusat Konvensyen The Mines
  4. Pusat Konvensyen Setia City
  5. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam

TUJUAN DIWUJUDKAN PPV MEGA

Tujuan PPV Mega ini diwujudkan adalah untuk:

  • Membolehkan kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin di Lembah Klang terutama di Selangor.
  • Menguruskan janji temu penerima vaksin berganda berbanding bilangan sekarang.
  • Meningkatkan jumlah pemberian vaksin serta mempercepat imuniti kelompok.

SKOP TUGASAN SUKARELAWAN BUKAN PERUBATAN

Skop tugasan Sukarelawan Bukan Perubatan PPV Mega Salam Alliance adalah:

  • Membantu proses pendaftaran
  • Memasukkan data
  • Memberi panduan pendaftaran di laman web

TEMPAT & TARIKH BERTUGAS

Berikut adalah maklumat mengenai tempat anda bakal bertugas:

  • PPV Mega Stadium Bukit Jalil

Dan anda akan mula bertugas mulai:

  • 14 Jun 2021 

Jadi, cepat mohon mulai sekarang!

ELAUN/IMBUHAN

Elaun atau imbuhan yang anda akan perolehi sekiranya menyertai Sukarelawan Covid-19 Mega PPV adalah sebanyak:

  • RM150/hari

KELAYAKAN DIPERLUKAN

Kelayakan yang diperlukan adalah:

  • Sedia untuk berkhidmat mengikut SHIFT atau SEPANJANG HARI (8 pagi hingga 9 malam)

FAEDAH DIPEROLEHI

Beberapa faedah yang akan bakal perolehi adalah:

  • Imbuhan
  • Sijil penyertaan
  • Makanan diberikan secara percuma
  • Sumbangan buat negara dan seluruh rakyat Malaysia

Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut serta permohonan Sukarelawan Covid-19 PPV Mega, sila hubungi:

  • Penyelaras: 012-680 5969
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...