Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sertai MyVac Malaysia Vaccine Support Volunteers (Sukarelawan Bukan Kesihatan) Jabatan Belia & Sukan Sekarang. Semak Cara Mohon Disini

4,210

Belia negara diajak untuk menyertai MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) untuk berkhidmat di pusat-pusat vaksinasi seluruh negara sebagai sukarelawan bukan kesihatan.

Ini adalah kerana terdapat sebanyak 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia dan oleh itu tenaga sukarelawan ini sangat diperlukan untuk membantu kelancaran program.

Jika berminat, teruskan membaca artikel ini seterusnya membuat permohonan untuk menyertai MyVac sebagai Sukarelawan Bukan Kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diseluruh negara.

Baca juga: Sukarelawan Kesihatan Bagi Menangani Pandemik Covid-19, Buat Permohonan Segera Sekiranya Anda Layak & Penuhi Syarat

INFO RINGKAS MYVAC

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”.

Oleh itu, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menempatkan sukarelawan yang rela dan bersemangat dari semua lapisan masyarakat.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bagi mengurus dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan 2021.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk menjadi Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac ialah:

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Mempunyai Nombor Perubatan APC/ARC yang sah (hanya untuk Sukarelawan Kesihatan SAHAJA)
  3. Sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau ketidakupayaan
  4. Tidak mempunyai risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 14 hari

CARA-CARA MENJADI SUKARELAWAN BUKAN KESIHATAN MYVAC

LANGKAH 1

  • Daftar diri anda di laman web MyVAC: www.myvac.com.my
  • Mengesahkan akaun anda melalui emel anda
  • Lengkapkan profil anda
  • Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  • Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan

LANGKAH 2

  • Serahkan semua borang
  • Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
  • Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
  • Terima Kit Sukarelawan anda

LANGKAH 3

  • Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  • Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin

SKOP KERJA SUKARELAWAN

Skop kerja Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac ialah:

  • Membuat saringan suhu dan gejala
  • Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
  • Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
  • Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
  • Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
  • Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi

GANJARAN YANG DIPEROLEHI

Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

  • RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
  • RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.

MyVac akan menyediakan kad pengenalan diri dan vest dan kepada setiap sukarelawan yang bertugas. Di akhir program PICK, MyVac akan mengeluarkan sijil untuk setiap sukarelawan.

Sertai MyVac Malaysia Vaccine Support Volunteers (Sukarelawan Bukan Kesihatan) Jabatan Belia & Sukan Sekarang. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Permohonan Pek Prihatin YIDE (Keperluan Makanan Kering) Untuk Individu Terjejas PKP 3.0

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Sukarelawan Bukan Kesihatan MyVac di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...