Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Pek Prihatin YIDE (Keperluan Makanan Kering) Untuk Individu Terjejas PKP 3.0

2,614

Individu atau keluarga yang menetap di Negeri Selangor serta terkesan akibat PKP 3.0 yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 boleh mendapatkan bantuan melalui Kaunter Prihatin YUDE.

Untuk pengetahuan anda, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengambil inisiatif dengan membuka Kaunter Prihatin YIDE bagi membantu individu atau keluarga yang terkesan semenjak PKP 3.0 diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bantuan daripada Kaunter Prihatin YIDE ini? Teruskan bacaan anda dan buat permohonan dengan segera.

Baca juga: Permohonan Zakat Khas Covid-19 PKP 3.0 Negeri Sembilan. Mohon Sebelum 14 Jun 2021

TUJUAN INISIATIF KAUNTER PRIHATIN YIDE

Kaunter Prihatin YIDE diperkenalkan adalah sebagai salah satu tanggungjawab YIDE sebagai organisasi berkebajikan yang membantu khususnya rakyat di Negeri Selangor.

GOLONGAN SASARAN BANTUAN KAUNTER PRIHATIN YIDE

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mensasarkan golongan berikut untuk menerima bantuan Pek Prihatin YIDE:

  1. Individu yang terkesan akibat PKP 3.0
  2. Keluarga yang terkesan akibat PKP 3.0

CONTOH BARANG KEPERLUAN PEK PRIHATIN YIDE

Barang keperluan yang terdapat di dalam Pek Prihatin YIDE adalah barang-barang kering seperti:

  • Susu
  • Tepung
  • Beras
  • Minyak
  • Gula
  • Maggi
  • Kicap
  • Bihun
  • Teh Lipton

Semua barang-barang tersebut akan diserahkan kepada mereka yang terkesan.

YIDE juga turut membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfaq barang keperluan asas untuk YIDE agihkan kepada golongan yang memerlukan boleh terus menghubungi:

  • Talian hotline YIDE: 017-756 9476

TARIKH PERMOHONAN

YIDE akan membuka permohonan Pek Prihatin YIDE mulai:

  •  4 Jun hingga 14 Jun 2021

LOKASI PENGAMBILAN PEK PRIHATIN YIDE

Terdapat 5 lokasi pengambilan barang-barang tersebut dan akan dimaklumkan kepada penerima melalui sistem pesanan ringkas sekiranya layak menerima sumbangan ini.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan:

  • Isikan alasan/sebab permohonan anda

  • Tandakan lokasi pengambilan Pek Prihatin YIDE

  • Tandakan perakuan dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Baca juga: Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang Fasa 1 Total Lockdown 3.0. Mohon Segera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pek Prihatin YIDE sila hubungi:

  • 017-756 9476
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...