Sukarelawan Kesihatan Bagi Menangani Pandemik Covid-19, Buat Permohonan Segera Sekiranya Anda Layak & Penuhi Syarat

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru penglibatan sukarelawan kesihatan untuk membantu mereka dalam menangani pandemik Covid-19 yang sangat membimbangkan kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tenaga sukarelawan diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas-petugas kesihatan di seluruh negara.

Dapatkan senarai jawatan serta syarat kelayakan yang diperlukan sekiranya anda berminat untuk menyertai Sukarelawan Kesihatan ini.

SENARAI JAWATAN SUKARELAWAN

Senarai jawatan sukarelawan yang diperlukan oleh KKM ialah:

  • Pegawai Perubatan
  • Pegawai Pergigian
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Jururawat
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Juruteknologi Makmal Perubatan

SYARAT PENYERTAAN SUKARELAWAN KKM

Syarat penyertaan yang telah ditetapkan

  • Berusia antara 18 hingga 60 tahun
  • Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
  • Tidak mengandung bagi wanita
  • Telah mendapat kebenaran majikan bagi yang bekerja
  • Bukan anggota KKM
  • Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
  • Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID19 dalam masa 14 hari
Nota: Untuk makluman, KKM tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan ataupun elaun/gaji bagi sukarelawan. Segala kos sepanjang khidmat sukarelawan ditanggung sendiri.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan,

Sukarelawan Kesihatan Bagi Menangani Pandemik Covid-19, Buat Permohonan Segera Sekiranya Anda Layak & Penuhi Syarat

  • Akhir sekali klik SUBMIT dan hantar permohonan anda.

Baca juga: Bidang Kuasa Kementerian Atau Agensi Kawal Selia & Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh Lockdown

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyertaan Sukarelawan Menangani Pandemik Covid-19 KKM sila emel ke:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.