Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Total Lockdown Sehingga 14 Jun 2021, Bayaran GKP Dinaikkan Sehingga RM1,500 Melalui PEMERKASA PLUS Dibayar Jun Hingga Julai Ini

1,693

Selain daripada golongan isi rumah dan golongan bujang yang mendapat tambahan bayaran bantuan BPR, golongan usahawan serta peniaga juga turut menerima tambahan bayaran GKP melalui PEMERKASA PLUS.

Rujuk: PEMERKASA PLUS: Bantuan Tambahan BPR Isi Rumah Sebanyak RM500 & Bujang RM100, Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Hujung Jun Ini

Bayaran akan dibuat sebanyak dua kali dan akan dikreditkan ke akaun masing-masing seperti mana yang telah anda daftarkan sebelum ini.

PEMERKASA PLUS

PEMERKASA PLUS telah diumumkanoleh YAB Perdana Menteri dengan tujuan untuk membantu rakyat diseluruh negara yang terkesan dengan perintah Total Lockdown yang bermula pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

PEMERKASA PLUS ini merangkumi 3 matlamat utama dengan 12 inisiatif iaitu:

  1. Mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam
  2. Meneruskan agenda prihatin rakyat
  3. Menyokong kelangsungan perniagaan

JUMLAH BAYARAN GKP PEMERKASA PLUS

Jumlah bayaran tambahan GKP PEMERKASA PLUS yang dimumkan dalah sebanyak:

  • RM1,500

Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak RM500 berbading baayaan GKP sebelum ini.

TARIKH BAYARAN GKP PEMERKASA PLUS

Bayaran wang bantuan GKP ini akan mula dibayar pada Jun dan Julai seperti jumlah berikut:

  • Jun 2021: RM1,000
  • Julai 2021: RM500

TARIKH SEMAKAN GKP PEMERKASA PLUS

Anda boleh membuat semakan di pautan https://gkp.hasil.gov.my/ mulai awal Jun ini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Baca juga: Daftar & Tebus Kredit Percuma e-Belia RM150 Boost e-Wallet. Ini Cara Daftarnya

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...