Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PEMERKASA PLUS: Bantuan Tambahan BPR Isi Rumah Sebanyak RM500 & Bujang RM100, Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Hujung Jun Ini

1,745

Berikutan perintah Total Lockdown yang diumumkan oleh pihak kerajaan yang akan bermula mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021, sedikit sebanyak ia menyebabkan pendapatan individu serta keluarga agak terjejas.

Oleh hal yang demikian, untuk mengurangkan beban yang dialami oleh mereka yang terkesan dengan perintah total lockdown ini, kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif berbentuk bantuan kepada rakyat melalui PEMERKASA PLUS yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dapatkan beberapa senarai bantuan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk rujukan anda.

Baca juga: Terkini: eBelia RM 300 Juta Kredit E-Tunai Untuk 2 Juta Belia & Pelajar Sepenuh Masa Dibuka 1 Jun 2021

MATLAMAT UTAMA PEMERKASA PLUS

3 matlamat utama PEMERKASA PLUS ialah:

PEMERKASA PLUS: Bantuan Tambahan BPR Isi Rumah Sebanyak RM500 & Bujang RM100, Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Hujung Jun Ini

INTIPATI PEMERKASA PLUS

Berikut adalah beberapa initipati mengenai perutusan Perdana Menteri mengenai PEMERKASA PLUS:

  • Program bantuan PEMERKASA PLUS berjumlah RM40 bilion bantu redakan cabaran ekoran pelaksanaan PKP3.0.
  • Kerajaan setuju tambah peruntukan RM1 bilion bagi tingkat kapasiti dan perkukuh kesihatan awam.
  • Gaji menteri, timbalan menteri selama 3 bulan mulai Jun akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID19.
  • RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  •  BPR Tambahan : Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 terima bantuan RM300; golongan bujang akan menerima RM100.
  •  BPR Tambahan : Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500.
  • BPR Tambahan akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun.
  • Agensi dan syarikat kerajaan disaran tawar penangguhan bayaran balik pinjaman, diskaun sewa premis perniagaan.
  • Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing.
  • Kerajaan lanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas.
  •  Kerajaan lanjut pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Dis.
  • 2 juta belia, penuntut IPT layak dapat kredit RM150 menerusi program e-Belia yang pendaftarannya dibuka esok.
  •  Pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang CKD dan CBU import dilanjutkan mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021
  • Kerajaan sedaya upaya pastikan wujud keseimbangan antara ‘lives and livelihood’
  • Jika tindakan drastik TOTAL LOCKDOWN tidak diambil segera, dikhuatiri sistem kesihatan negara runtuh dan negara berhadapan satu malapetaka lebih besar.
  • Sejak COVID-19 melanda negara, kerajaan laksana pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion.
  • Keputusan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh adalah keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat.
  •  PM rayu rakyat untuk kekal di rumah dan sentiasa patuh kepada SOP PKP.

INFOGRAFIK SENARAI BANTUAN PEMERKASA PLUS

Berikut adalah infografik senarai bantuan yang terdapat di dalam PEMERKASA PLUS:

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

PEMERKASA PLUS: Bantuan Tambahan BPR Isi Rumah Sebanyak RM500 & Bujang RM100, Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Hujung Jun Ini

KESIHATAN

KESIHATAN

PERNIAGAAN

PEMERKASA PLUS: Bantuan Tambahan BPR Isi Rumah Sebanyak RM500 & Bujang RM100, Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Hujung Jun Ini

PERNIAGAAN

PERNIAGAAN

MORATORIUM/SUBSIDI

MORATORIUM/SUBSIDI

Baca juga: Cara Mohon Surat Kebenaran Untuk Beroperasi Bagi Perkhidmatan Perlu Dibawah Seliaan KPDNHEP

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...