Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bidang Kuasa Kementerian Atau Agensi Kawal Selia & Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh Lockdown

1,994

Kerajaan telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun 2021 depan.

Sehubungan itu, para majikan dan pekerja perlu mendapatkan surat kebenaran bertugas dan merentas negeri untuk bekerja yang baharu kerana surat CIMS MITI akan terbatal sepenuhnya mulai 1 Jun 2021.

Namun, terdapat peraturan baharu dimana surat kebenaran CIMS MITI hanya tertumpu pada sektor tertentu dan sektor yang lain akan dibahagi mengikut Kementerian tertentu.

TUJUAN TOTAL LOCKDOWN DIADAKAN

Tujuan sebenar Total Lockdown diadakan pada 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 ini adalah kerana:

  • Mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

3 FASA TOTAL LOCKDOWN

Terdapat 3 fasa utama total lockdown iaitu:

Bidang Kuasa Kementerian Atau Agensi Kawal Selia & Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP

SENARAI KEMENTERIAN/AGENSI KAWAL SELIA & SEKTOR YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PKP

Berikut adalah senarai Kementerian/Agensi kawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP adalah seperti berikut:

  1. MITI: Pembuatan
  2. KSM/JTKSM: Perburuhan/Pekerjaan
  3. JTKSM / PERKESO: Isu swab test
  4. KPDNHEP: Retail/wholesale/distribution/warehouse/cleaning service/restoren & kedai makan/ bengkel kereta/after sale service (contoh: Cuckoo/Coway)
  5. KKR/CIDB: Pembinaan
  6. KKR/ Lembaga Arkitek Malaysia (LAM): Firma guaman
  7. KKMM: Komunikasi, teknologi maklumat, e-dagang dan industri kreatif – terhad kepada pembangunan kandungan kreatif (filem/muzik/animasi) dan persembahan langsung industri kreatif (tidak termasuk kebudayaan)
  8. KPKT/PBT: SOP kawasan perumahan/house renovation/shared property management etc/ kredit komuniti/syarikat pajak gadai/pinjaman wang berlesen
  9. KKM: Kesihatan/Healthcare facility/ farmasi/ klinik
  10. MOTAC: Hotel/pusat urut/spa/Agensi Pelancongan/Homestay/Kebudayaan/Pusat Hiburan Keluarga/ Themepark
  11. MOT: Pengangkutan/ports/logistics/warehouse
  12. KETSA/ JMG: Perlombongan dan pengkuarian
  13. MPIC: Perladangan/komoditi
  14. MAFI: Pertanian/penternakan/perikanan
  15. KDN: Syarikat keselamatan
  16. BNM: Perbankan/ institusi kewangan/insurans/takaful
  17. Malaysia Institute of Accountancy /MIA: Audit/accounting firms
  18. BHEUU: Perkhidmatan guaman
  19. Suruhanjaya Sekuriti: Pasaran modal
  20. KPT: Pengoperasian/ Kemasukan pelajar/pensyarah ke IPT
  21. MEDAC : Koperasi
  22. KBS: Sukan & Rekreasi
  23. KPN: Rumah Ibadat Selain Islam/ taska dan tadika perpaduan
  24. NADMA: Pengurusan bencana/Penyelarasan PKRC/Pusat Kuarantin/Program ABC Covid19/ penyelarasan JPBN.
  25. FINAS: Penggambaran/pawagam/pawagam pandu masuk
  26. KPWKM: Pusat penjagaan sosial (taska & pusat jagaan)
  27. WISMA PUTRA: Sektor Luar Negera
  28. MOF: Sektor Perjudian Berlesen
Nota: Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan aduan yang diterima.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...