Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mydin Lancarkan MyVaksin Selama Sebulan Di 47 Cawangan Mydin, Daftar Vaksinasi Di Kaunter Pelanggan Sahaja

2,962

Proses vaksinasi di seluruh negara berjalan dengan lancar di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan ianya merupakan satu berita yang menggembirakan dengan harapan pandemik Covid-19 berakhir dengan lebih cepat.

Sebagai satu sokongan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran dan penerimaan vaksinasi diseluruh negara, Mydin Malaysia telah melancarkan Program MyVaksin di 47 cawangannya seluruh negara.

Program ini akan berlangsung selama sebulan setiap hari untuk proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Kanak-Kanak 12 Tahun Sudah Boleh Daftar Untuk Suntikan Vaksin Pfizer. Sila Kemaskini MySejahtera Anda Untuk Janji Temu Vaksinasi

INISIATIF MYDIN

MyVaksin merupakan inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan pengambil vaksin Covid-19 dan membantu mereka yang tercicir segera mendaftar.

INFO RINGKAS MYVAKSIN MYDIN

Merupakan tanggungjawab sosial korporat pasar raya itu untuk membantu kerajaan dan negara mencapai imuniti kelompok.

Kempen itu mendapat sokongan penuh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) ini merupakan inisiatif sosial bagi membantu mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) agar negara segera mencapai tahap imuniti kelompok.

TARIKH PROGRAM MYVAKSIN MYDIN

Program MyVaksin Mydin akan berlangsung selama 1 bulan mulai:

  • Tarikh: 21 Jun 2021 hingga 20 Julai 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang
  • Tempat: 47 Kaunter khidmat pelanggan cawangan Mydin

KELEBIHAN DAFTAR VAKSIN PROGRAM MYVAKSIN MYDIN

Bagi menggalakkan pendaftaran vaksin, Mydin turut menawarkan beberpa kelebihan seperti berikut:

  • Kad keahlian Meriah yang bernilai RM12 secara percuma dan pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran harga istimewa ahli dan mengumpul mata ganjaran.
  • Mydin turut bekerjasama dengan syarikat e-dompet terkemuka tempatan, Boost iaitu bagi 20,000 pendaftar vaksin yang berjaya bakal menerima sub edompet Boost x MYDIN bernilai RM5.Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar mereka dan berbelanja serendah RM50 bagi menikmati tawaran tersebut.

MyVaksin2

SENARAI 47 CAWANGAN MYDIN MYVAKSIN

Berikut adalah 47 cawangan yang terlibat dengan Mydin MyVaksin:

MyVaksin3

MyVaksin4

MyVaksin5

MyVaksin6

MyVaksin7

TERMA & SYARAT MYVAKSIN MYDIN

Untuk membuat pendaftaran MyVaksin Mydin, sila fahami terma dan syarat yang telah ditetapkan:

  • Pendaftaran vaksin adalah secara sukarela dan berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Ketetapan temu janji vaksinasi adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Pihak MYDIN tidak bertanggungjawab di atas sebarang ketetapan dan pertukaran jadual vaksinasi yang ditetapkan.
  • MYDIN hanya berperanan sebagai medium komunikasi bagi tujuan pendaftaran vaksin SAHAJA dan tidak akan bertanggungjawab di atas segala deklarasi dan penilaian risiko yang dibuat.
  • Pendaftaran Kad Meriah MYDIN secara percuma dan sub e-dompet “MYDIN X Boost” adalah terhad kepada kuantiti yang ditetapkan. Pihak MYDIN berhak membuat pindaan terhadap ganjaran yang ditawarkan.
  • Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Pendaftar bersetuju dan memberi kebenaran kepada MYDIN untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses nama mereka, nombor kad pengenalan (KP) dan butir-butir peribadi lain (“Data Peribadi”) untuk tujuan menjalankan Kempen ini termasuk bagi tujuan pendaftaran Kad Meriah MYDIN. Segala Data Peribadi yang digunakan bagi tujuan pendaftaran adalah berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Baca juga: Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin, Mungkin Kerajaan Beri Kelonggaran Untuk Rentas Negeri

Untuk pengetahuan anda juga, semua kakitangan Mydin sendiri perlu segera mendaftar kerana staf Mydin merupakan barisan hadapan ekonomi yang berdepan pelbagai risiko setiap hari kerana berhadapan dengan orang ramai.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...