Kanak-Kanak 12 Tahun Sudah Boleh Daftar Untuk Suntikan Vaksin Pfizer. Sila Kemaskini MySejahtera Anda Untuk Janji Temu Vaksinasi

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter rasmi telah mengumumkan bahawa mesyuarat Phak Berkuasa Kawalan dadah (PBKD) telah meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Terdapat 3 jenis vaksin yang telah diluluskan dengan dos yang dibenarkan iaitu CanSion, Jonhson & Johnsoon dan Pfizer untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas.

Jadi, selepas ini ibu bapa boleh mengemaskini maklumat di MySejahtera untuk mendaftarkan anak-anak bagi tujuan janji temu vaksinasi.

Baca juga: Ini Caranya Daftarkan Ibu Bapa Untuk Vaksin Melalui Apliksi MySejahtera

3 JENIS VAKSIN DILULUSKAN

Terdapat 3 jenis vaksin yang telah diluluskan pendaftaran bersyarat iaitu:

  • CanSino: 1 dos
  • Johnson & Johnson: 1 dos
  • Pfizer: Untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas

Kanak-Kanak 12 Tahun Sudah Boleh Daftar Untuk Suntikan Vaksin Pfizer. Sila Kemaskini MySejahtera Anda Untuk Janji Temu Vaksinasi

VAKSIN PFIZER UNTUK KANAK-KANAK

Seperti yang sedia maklum, penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech telah diluluskan kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Jadi, selepas ini selamat untuk kanak-kanak per ke sekolah seperti biasa.

Seperti sedia maklum, vaksin Comirnaty sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021, digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Namun KKM berpendapat keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

KEMASKINI MYSEJAHTERA

Selepas ini ibu bapa boleh mengemaskini maklumat anak-anak pada MySejahtera masing-masing untuk mendaftarkan anak-anak yang berumur 12 tahun ke atas dengan tujuan janji temu vaksinasi.

Anda boleh membuat kemaskini maklumat melalui aplikasi MySejahtera di telefon bimbit anda atau melalui laman web MySejahtera.

Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

  • Kemudian klik ADD VACCINE DEPENDENT

Ini Caranya Daftarkan Ibu Bapa Untuk Vaksin Melalui Apliksi MySejahtera

  • Pilih hubungan orang yang didaftarkan dan klik OK.
  • Seterusnya isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  • Klik SAVE.
Nota: Maklumat seterusnya mengenai vaksin kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga: Pastikan Pergerakan Anda Tidak Lebih Radius 10km Atau Diarah Berpatah Balik. Ini Cara Semak Radius Dengan Mudah

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.