Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin, Mungkin Kerajaan Beri Kelonggaran Untuk Rentas Negeri

2,243

Mungkin selepas ini individu yang sudah lengkap vaksin 2 dos diberi kelonggaran serta kebenaran untuk merentas negeri.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairi Jamaluddin dan ini adalah berita yang menggembirakan buat mereka terutamanya yang telah lengkap 2 dos.

Malahan terkini kanak-kanak 12 tahun ke atas juga sudah boleh mendaftar untuk suntikan vaksin Pfizer seperti mana yang telah dimaklumkan oleh YB Khairi Jamaluddin.

PENELITIAN PELBAGAI PIHAK

Namun kelonggaran dan kebenaran merentas negeri bagi mereka yang telah divaksin lengkap 2 dos masih lagi dalam penelitian dan ia sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada:

  • Pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV)

Segala perkara ini akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

GARIS PANDUAN KELONGGARAN RENTAS NEGERI

Antara garis panduan kelonggaran rentas negeri yang akan diperhalusi ialah:

  • Melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain
  • Jenis kebebasan yang dibenarkan
  • Tahap peratusan ambang bagaimanakah yang boleh diberikan kebebasan

Contoh:

  • Di Amerika Syarikat, Centers For Disease Control (and Prevention) telah keluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi seperti beberapa orang yang telah lengkap vaksinasi yang ingin berjumpa di dalam satu bilik, mereka boleh membuka pelitup muka mereka.

KENAL PASTI INDIVIDU LENGKAP 2 DOS

Individu yang sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut.

Pihak kerajaan akan melihat profil MySejahtera untuk mengenalpasti mereka yang lengkap vaksinasi dan menggunakan QR Code apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebeasan kepada mereka yangsudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin, Mungkin Kerajaan Beri Kelonggaran Untuk Rentas Negeri

PENGIKTIRAFAN PASPORT VAKSINASI

Kerajaan juga sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi itu, dan setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.

Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin, Mungkin Kerajaan Beri Kelonggaran Untuk Rentas Negeri

PATUH SOP

Ingat! Lengkap 2 dos bukan tiket untuk anda tidak patuh SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin mengingatkan semua masyarakat untuk terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan walaupun mereka sudah divaksinasi dan mendapat kebebasan.

Buat masa ini, vaksinasi bukan pengganti SOP, terutamanya di sektor-sektor yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun vaksinasi ini sangat penting untuk kita memulihkan negara tetapi dari sudut SOP kita yang sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan lain-lain mesti terus ditegaskan dan dikuat kuasa.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...