Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar

3,192

Ada dikalangan kita yang ingin membeli kereta second hand untuk digunakan bagi perniagaan sepanjang PKP dan untuk kegunaan sendiri kerana itu sahaja yang mampu dan sesuai dengan sumber kewangan yang sedia ada.

Jadi, Bank Simpanan Nasional telah menyediakan satu pembiayaan untuk memudahkan orang ramai membeli kenderaan second hand iaitu Pembiayaan Sewa Beli-i BSN atau BSN MyAuto-i UsedCar.

Sebelum buat permohonan, jom lihat manfaat dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pembiayaan Sewa Beli-i BSN atau BSN MyAuto-i UsedCar.

Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

INFO RINGKAS BSN MYAUTO-i USEDCAR

BSN MyAuto-i UsedCar adalah satu pembiayaan dimana orang ramai boleh memiliki kereta idaman dengan kadar keuntungan yang kompetitif serta mempunyai kemudahan bayaran melalui pelbagai platform BSN.

Ia juga terbuka kepada semua kenderaan terpakai yang diterima oleh BSN sahaja dengan tempoh pembiayaan yang sangat berbaloi.

MANFAAT BSN MYAUTO-i USEDCAR

Manfaat BSN MyAuto-i UsedCar adalah seperti berikut:

Margin Pembiayaan

  • Minimum: RM20,000
  • Maksimum: Sehingga 90% daripada harga jualan

Tempoh Pembiayaan

  • Minimum: 36 bulan
  • Maksimum: 108 bulan (tertakluk pada umur persaraan)

Jangka Hayat Kenderaan

  • Maksimum: 15 tahun (rujuk tahun diperbuat) pada akhir tempoh pembiayaan

Kadar Keuntungan

  • Daripada *3.00% hingga 3.80% setahun

KELAYAKAN PERMOHONAN BSN MYAUTO-i USEDCAR

Semak dahulu kelayakan permohonan BSN MyAuto-i UsedCar seperti berikut:

  • Kakitangan Sektor Kerajaan dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon dan TIDAK melebihi umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (status tetap atau kontrak).
  • Tidak bankrap.
  • Jumlah pemotongan gaji TIDAK melebihi 60% daripada jumlah gaji bulanan, termasuk bayaran ansuran pembiayaan ini.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon.
  • Salinan KP (depan & belakang).
  • Salinan lesen memandu yang sah.
  • Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
  • Surat memberi kuasa kepada BSN membuat semakan kredit.
  • Salinan penyata bank atau penyata KWSP atau surat pengesahan cukai terkini daripada LHDN.
  • Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN, jika perlu.

Sekiranya BSN memerlukan penjamin untuk pembiayaan anda, penjamin perlu sertakan bersama dokumen seperti berikut:

  • Salinan KP (depan & belakang).
  • Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
  • Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA.

CAJ BAYARAN LEWAT

Caj bayaran lewat adalah berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti rugi) akan dikenakan ke atas jumlah sewa bulanan yang tertunggak, dikira setiap hari dari tarikh tamat tempoh bayaran sewa sehingga satu hari sebelum tarikh bayaran dibuat.

Contoh kiraan adalah seperti berikut:

RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar

PENYELESAIAN AWAL

Pelanggan layak untuk mendapat Ibra’ (rebat) iaitu bayaran balik caj bertempoh bagi tempoh sewa yang belum tamat.

Contoh kiraan adalah seperti berikut:

RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar

FI & CAJ

Fi dan caj yang dikenakan pula adalah duti setem seperti berikut:

  • RM10 untuk salinan Penyewa bagi Perjanjian Sewa Beli-i.
  • RM10 untuk salinan perjanjian Penjamin (sekiranya berkenaan).
  • RM10 untuk Perjanjian Agensi Perkhidmatan.

CARA MOHON

Buat permohonan secara online bagi sepanjang PKP dan klik pautan berikut:

Atau hadir ke cawangan BSN yang terdekat dengan anda. Semak disini.

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BSN MyAuto-i UsedCar dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di:

  • 1300 88 1900
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...