Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pesara Dan Penjawat Awam Tidak Dilupa. Bakal Nikmati Bantuan Khas Kewangan

2,131

Yang ditunggu akhirnya telah tiba dan diumumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan. Apakah perkara yang ditunggu oleh semua orang? Perkara tersebut ialah:

  • Bantuan Khas Kewangan 

Bantuan Khas Kewangan ini diberikan bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam serta pesara dimana pembayaran akan dibuat pada awal tahun hadapan.

2 KATEGORI BANTUAN KHAS KEWANGAN

Terdapat 2 kategori penerima untuk Bantuan Khas Kewangan iaitu:

1. Kakitangan Awam

  • Diberikan kepada Gred 56 ke bawah.
  • Bayaran sebanyak RM600.

2. Pesara

  • Diberikan kepada kepada pesara Kerajaan dan Veteran tidak berpencen.
  • Bayaran sebanyak RM300.

Nota: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan akan dibuat awal tahun hadapan.

KENAIKAN ELAUN DAN PEMBERIAN RM500 UNTUK PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA

Selain daripada Bantuan Khas Kewangan diberikan kepada Penjawat Awam dan Pesara, pihak Kerajaan turut memberikan bantuan kepada:

1. Pegawai Bomba Bantuan

  • Kadar elaun dinaikkan daripada RM6 kepada RM8.

2. Pesara Polis

  • Menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.
  • Pemberian one-off RM500.

Pesara Dan Penjawat Awam Tidak Dilupa. Bakal Nikmati Bantuan Khas Kewangan

“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan yang lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi. Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.”

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...