Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syarat & Cara Mohon SIP Prihatin PERMAI Sehingga 9 Bulan

3,816

Mereka yang hilang pekerjaan semasa PKP 2020 yang lalu pastinya agak rungsing dan tertekan kerana masih lagi belum mempunyai pekerjaan dan bagi mereka yang ingin memulakan alam pekerjaan agak terkilan kerana terpaksa mengorbankan kerjaya kerana PKP 2.0 pula.

Ini kerana terdapat majikan yang terpaksa menutup sementara perniagaan masing-masing kerana akur dengan arahan yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

PERKESO telah mewujudkan satu inisiatif dan membuat beberapa penambahbaikan melalui Pakej Bantuan Khas 2021 atau PERMAI melalui skim SIP PRIHATIN PERMAI yang disediakan selama 9 bulan untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan yang baru.

PENAMBAHBAIKAN SIP PRIHATIN PERMAI

Melalui Pakej Bantuan Khas 2021 PERMAI, beberapa penambaikan untuk SIP Prihatin PERMAI telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri iaitu:

  • Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali, akan dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN.
  • Mereka akan dibenarkan memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30% daripada pendapatan selama 3 bulan.

TARIKH PERMOHONAN SIP PRIHATIN PERMAI

Pemohon SIP Prihatin PERMAI boleh membuat permohonan mulai:

  • 1 Januari 2021

Tempoh bgai tarikh permohonan adalah sehingga 31 Disember 2021 dan ianya meliputi pekerja yang hilang pekerjaan (LEO) mulai:

  • 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021

SYARAT PERMOHONAN SIP PRIHATIN PERMAI

Syarat untuk membuat permohonan SIP Prihatin PERMAI adalah seperti berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
  • Pemohon berumur *18 hingga 60
  • Bekerja dalam **sektor swasta
  • Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
NOTA:
*Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmatan domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
Syarat & Cara Mohon SIP Prihatin PERMAI Sehingga 9 Bulan

SYARAT PERMOHONAN UNTUK SEMUA JENIS FAEDAH SIP PRIHATIN PERMAI

Pekerja yang ingin membuat permohonan semua jenis faedah yang meliputi Akta SIP, syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  • Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

Juga rujuk: PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

DOKUMEN PENTING PERMOHONAN SIP PRIHATIN PERMAI

Untuk membuat permohonan dan lengkapkan permohonan SIP Prihatin PERMAI adalah seperti berikut:

DOKUMEN UTAMA (Bagi permohonan kali pertama sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya
  3. Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
  4. Salinan penyata gaji bulan kehilangan pekerjaan (jika ada).
  5. Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.
  2. Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak.
  3. Lain-lain dokumen bukti berkaitan dengan kes.
NOTA:
Tiada dokumen utama nombor 2, 3, 4 dan 5? Sila lakukan pengisytiharan diri di Portal Faedah SIP semasa membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai SIP PRIHATIN PERMAI, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...