Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

3,848

PSU 3.0 PERMAI adalah lanjutan daripada PSU 1.0 dan PSU 2.0 yang telah diperkenalkan pada tahun 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Baca juga: Semakan Program Subsidi Upah (PSU): Apa Anda Sebagai Pekerja Perlu Tahu

Tujuan PSU atau Program Subsidi Upah diperkenalkan untuk membantu majikan yang terkesan ekonomi mereka akibat Covid-19 agar majikan dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

TARIKH & TEMPOH PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI

Majikan boleh membuat permohonan PSU 3.0 PERMAI mengikut tarikh berikut:

  • 19 Januari hingga 30 Jun 2021

PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI

Bagi PSU 3.0 PERMAI, semua majikan yang beroperasi sepanjang tempoh PKP layak untuk memohon tanpa mengira sektor dan industri.

Syarat untuk memohon PSU 3.0 PERMAI adalah:

  • Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  • Permohonan adalah terhad kepada 500 orang pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  • Penurunan pendapatan / jualan adalah >30% bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.

PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

KADAR SUBSIDI UPAH PSU 3.0 PERMAI

Kadar subsidi upah bagi PSU 3.0 PERMAI adalah sebanyak:

  • RM600
  • Tempoh 1 bulan

KAEDAH PEMBAYARAN PSU 3.0

Sama seperti PSU 1.0 dan PSU 2.0, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun pekerja oleh majikan dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.

4 BAHAGIAN UTAMA MAKLUMAT MOHON PSU 3.0 PERMAI

Terdapat 4 bahagian utama yang perlu diisi oleh majikan untuk permohonan baru PSU 3.0 PERMAI iaitu:

  • Butir-butir majikan
  • Pengisytiharaan penurunan hasil
  • Dokumen sokongan
  • Deklarasi majikan

CARA MOHON PSU 3.0 PERMAI

Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 3.0 PERMAI, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Majikan hendaklah mengemukakan permohonan PSU secara online di prihatin.perkeso.gov.my
  • Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan prihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

Baca juga: Elaun Mencari Kerja Dilanjutkan Selama 3 Bulan. Ini Bagaimana Anda Boleh Memanfaatkan Bantuan Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info selanjutnya mengenai PSU 3.0 PERKESO dengan menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di:

  • 1 300 22 8000

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...