Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan Program Subsidi Upah (PSU): Apa Anda Sebagai Pekerja Perlu Tahu

2,059

SEMAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU) : APA ANDA SEBAGAI PEKERJA PERLU TAHU

Sebelum itu, ketahui serba sedikit mengenai Program Subsidi Upah terlebih dahulu iaitu :

  • Perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  • Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumum kerajaan pada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama 3 bulan. Pemberian RM600 ini dikhaskan untuk majikan yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja. Dan terkini melalui KITA PRIHATIN pula, Program Subsidi Upah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

TUJUAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0 (PSU 2.0)

Program ini bertujuan untuk :

  • Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengekalkan pekerja mereka dalam tempoh yang kritikal ini.
  • PSU ini akan dibayar kepada majikan yang memohon untuk melaksanakan pendekatan program ini.

SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN UNTUK PERMOHONAN PSU 2.0

Syarat kelayakan bagi majikan untuk memohon PSU 2.0 dan faedah yang akan diterima adalah seperti lampiran di bawah :

Semakan Program Subsidi Upah (PSU): Apa Anda Sebagai Pekerja Perlu Tahu

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 2.0?

Mereka yang tidak layak memohon PSU 2.0 ialah :

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020.
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive).
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers.
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk membuat permohonan PSU 2.0, dokumen penting yang diperlukan ialah :

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan) dengan menggunakan format Microsoft Excel yang disediakan.
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akuan Pengisytiharan PSU2.0.

CARA MEMOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0

Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 2.0, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Majikan hendaklah mengemukakan permohonan PSU secara online di prihatin.perkeso.gov.my
  • Majikan hendaklah memuat turun Borang Pengisytiharan PSU2.0 untuk dilengkapkan sebelum dimuat naik ke dalam Portal Permohonan PSU beserta dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di atas.

PERMOHONAN & SEMAKAN

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...