Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Elaun Mencari Kerja Dilanjutkan Selama 3 Bulan. Ini Bagaimana Anda Boleh Memanfaatkan Bantuan Ini

3,382

Jika sebelum ini elaun mencari kerja telah dilanjutkan untuk tahun 2020, bagi tahun 2021 pula tempoh pemberian Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Berapakah tempoh lanjutan pemberian Elaun Mencari Pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ini? Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, tempoh lanjutan pemberian elaun ini adalah:

  • 3 bulan untuk tahun 2021

Menurut Menteri Kewangan juga, sebanyak RM150 juta diperuntukkan untuk pemberian elaun ini dan ianya memanfaatkan seramai 130,000 pencari kerja.

Elaun Mencari Pekerjaan ini diberi selama 6 bulan dengan kadar layak menuntut sebanyak 80% untuk bulan pertama dan beransur-ansur berkurang kepada 30% gaji.

Elaun Mencari Kerja Dilanjutkan Selama 3 Bulan. Ini Bagaimana Anda Boleh Memanfaatkan Bantuan Ini

INFO RINGKAS MENGENAI SIP / EIS

SIP / EIS  diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2018 dengan tujuan :

  • Membantu pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan dengan bantuan kewangan kepada pencarum yang hilang kerja selam 6 bulan.
  • Membantu pencarum mendapatkan pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan atau Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

TUNTUT FAEDAH PEKERJAAN SEHINGGA 80% GAJI BULANAN

Para pencarum juga boleh membuat tuntutan faedah pekerjaan sehingga 80% gaji bulanan dengan contoh pengiraan seperti berikut:

Contoh pengiraan adalah seperti berikut :

  • Jumlah yang diberikan akan dihadkan pada gaji yang diandaikan iaitu RM4,000. Walaupun anda bergaji lebih daripada RM10,000, anda hanya menerima faedah dengan jumlah maksimum yang dibenarkan, iaitu RM4,000.

Anda akan diberi elaun minimum selama 3 bulan dan maksimum selama 6 bulan. Jumlah yang akan anda terima ialah seprti berikut :

  • Bulan pertama : 80% daripada gaji anggapan bulanan.
  • Bulan ke-2 : 50% daripada gaji anggapan bulanan.
  • Bulan ke-3 & ke-4 : 40% daripada gaji anggapan bulanan.
  • Bulan ke-5 & ke-6 : 30% daripada gaji anggapan bulanan.

Jumlah ini dikira berdasarkan anggapan gaji bulanan anda, di mana ianya adalah berdasarkan gaji anda sebelum ini.

Lihat contoh ini untuk lebih faham pengiraannya :

Jika gaji anda sebanyak RM3,569 sebulan sebelum hilang kerja, rujuk carta dari PERKESO dimana gaji bulanan anggapan anda adalah sebanyak RM3,550. Jadi, berdasarkan gaji tersebut, jumlah faedah yang anda akan terima adalah seperti berikut :

  • Bulan pertama : RM2,840 : 80%
  • Bulan ke-2 : RM1,775  : 50%
  • bukan ke-3 & ke-4 : RM1,420 : 40%
  • Bulan ke-5 & ke-6 : RM1,065 : 30%

Anda juga boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai cara membuat permohonan, kelayakan, jadual caruman dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntuan faedah pekerjaan di link berikut:

TUNTUTAN FAEDAH PEKERJAAN SIP

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan Faedah Insuran Pekerjaan (SIP / EIS), sila hubungi PERKSO di :

  • 1300 22 8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...