Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Golongan Belia Juga Menerima Pelbagai Manfaat Dalam Program Perantisan Belia

2,192

Belia di Malaysia sentiasa menjadi tumpuan utama terutamanya dalam bidang pembangunan belia itu sendiri. Maka, dalam segala hal juga golongan belia mendapat manfaat daripada pihak kerajaan. Begitu juga ketika pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada Jumaat yang lalu.

Terdapat satu program dikhaskan kepada golongan belia ketika pembentangan Belanjawan yang lalu iaitu:

  • Program Perantisan Belia
  • Program e-Belia

Apakah insentif yang disediakan dalam Program Perantisan Belia ini? Jom kita lihat apakah manfaat tersebut.

PROGRAM PERANTISAN BELIA & PROGRAM E-BELIA

Melalui Program Perantisan Belia & Program e-Belia ini, insentif yang disediakan ialah:

1. Insentif Bulanan Kepada Majikan Swasta Bagi Setiap Graduan Baharu

Untuk insentif ini kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan selama tiga bulan untuk setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan. Insentif ini juga bertujuan menyediakan pendedahan alam pekerjaan kepada 50,000 belia atau graduan baharu.

Sebagai tambahan juga, majikan boleh menuntut geran hingga RM4,000 untuk program latihan perantisan ini.

2. Kredit RM50 Ke Dalam Akaun E-Wallet

Kerajaan juga mengenalpasti bahawa golongan belia memainkan peranan penting sebagai antara pelopor dan pengguna dalam mengadaptasikan teknologi terkini.

Untuk membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, kerajaan akan:

  • Kreditkan RM50 secara sekali bayar ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun sahaja.

Segala inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia yang berada di Malaysia.

Golongan Belia Juga Menerima Pelbagai Manfaat Dalam Program Perantisan Belia

Oleh itu, belia negara perlu memanfaatkan segala insentif dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan dan gunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...