Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

14,881

Pencari kerja yang masih lagi menganggur dan tercari-cari peluang pekerjaan perlu bertindak pantas dan mengambil peluang yang diberikan kerajaan dengan mengisi jawatan yang ditawarkan kepada anda.

Melalui pembentangan Belanjawan 2022 yang lepas, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif pekerjaan iaitu MySTEP atau Short-Term Employment Programme. Untuk program ini, kerajaan telah memperuntukkan belanja lebih RM700 juta dan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan.

Manakala melalui pembentangan Bajet 2022 pula, inisiatif pekerjaan iaitu MySTEP atau Short-Term Employment Programme diteruskan lagi kerana ia memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dalam jawatan yang ditawarkan.

KATEGORI PEKERJAAN YANG DITAWARKAN MELALUI MYSTEP

Terdapat 2 kategori peluang pekerjaan yang ditawarkan iaitu:

  • Peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam.
  • Peluang pekerjaan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Di bawah inisiatif ini 35,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan di dalam sektor awam dengan keutamaan mengisi perjawatan seperti:

  • Jururawat
  • Atendan perubatan
  • Pegawai kebajikan masyarakat
  • Guru sementara

Manakala Syarikat GLC pula menyediakan 15,000 peluang pekerjaan yang mengutamakan:

  • Bidang teknikal dan kewangan
  • Serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan.
Nota: Tempoh berkhidmat adalah selama 1 tahun mengikut keperluan sesuatu jabatan dan syarikat.

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia

FAEDAH PROGRAM MYSTEP

Melalui program ini juga tenaga kerja yang sedia ada dan berpengalaman dapat dimanfaatkan dan pihak CUEPACS mencadangkan agar pekerja-pekerja kontrak yang diberhentikan sebelum ini seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Seranta Felda dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberikan keutamaan dalam inisiatif MySTEP ini.

Selain itu, ia dapat mengatasi masalah pengangguran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan akibat daripada pandemic COVID19 .

KELAYAKAN PERMOHONAN MySTEP

Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak sahaja.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM MySTEP

Program ini telah bermula pada 1 Januari 2021.

KADAR UPAH

Kadar upah bulanan adalah termasuk caruman PERKESO dan KWSP seperti berikut:

Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Upah (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda 2,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia 1,400

 

KEMUDAHAN KEPADA PERSONEL MYSTEP

Antara kemudahan yang disediakan kepada Personel MyStep adalah:

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

Rujuk: Garis Panduan Personel MyStep

IKLAN JAWATAN MySTEP

Iklan jawatan akan diwar-warkan dari semasa ke semasa mengikut jabatan atau syarikat.

Anda juga boleh semak di pautan berikut:

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program MyStep, sila layari portal laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...