Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Contoh Email Mohon Kerja MySTEP Yang Sesuai Untuk Dihantar Ke Mana-mana Kementerian & Jabatan

44,240

Mungkin anda pernah membaca iklan jawatan kosong seperti berikut:

“Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Tadbir MySTEP”

Tetapi apa pula MySTEP tersebut? MySTEP adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi satu jangka masa pendek. Dahulunya ia dikenali sebagai PSH atau Pekerja Sambilan Harian namun telah ditambah baik dari pelbagai sudut dan dikenali sebagai Personel MySTEP.

Untuk memohon jawatan MySTEP ini, anda perlu lakukannya secara online atau melalui emel dan mesti anda ingin dapatkan contoh emel yang sesuai dihantar ke mana-mana Kementerian atau Jabatan yang menawarkan jawatan kosong tersebut.

Jom dapatkan contoh emel yang sesuai untuk anda hantar ke Kementerian / Jabatan tersebut melalui perkongsian ini.

MAKLUMAT PENTING PERLU DIMASUKKAN DALAM EMEL PERMOHONAN

Jika anda membuat permohonan melalui emel, pastikan emel yang dihantar padat dan mempunyai maklumat yang diperlukan sahaja. Tidak perlu meleret dan terus ke point utama anda. Jadi, masukkan maklumat berikut ketika membuat permohonan anda melalui emel:

  • Pembuka kata / Salam
  • Nama panggilan contohnya Tuan / Puan (pilih salah satu)
  • Tajuk permohonan / Tujuan permohonan
  • Nama penuh anda
  • Maklumat akademik secara ringkas
  • Maklumat pekerjaan sekarang jika ada
  • Lampiran seperti resume dan sijil berkaitan
  • Nombor telefon atau emel untuk dihubungi
  • Penutup
  • Nama anda
Nota: Pastikan semua maklumat ini dimasukkan mengikut tertib seperti mana anda menghantar cover letter secara manual kepada bakal majikan anda. 

CONTOH PERMOHONAN JAWATAN MYSTEP MELALUI EMEL

Anda boleh download contoh permohonan jawatan MySTEP melalui emel seperti yang dikongsikan ini:

CONTOH 1

CONTOH 2

CONTOH 3

CONTOH 4

CONTOH 5

TUJUAN PERMOHONAN JAWATAN MYSTEP SECARA EMEL

Tujuan utama permohonan jawatan MySTEP perlu dihantar secara emel adalah:

  • Menunjukkan minat terhadap jawatan yang ditawarkan
  • Majikan dapat mengenali anda secara ringkas dan padat
  • Tonjolkan sifat profesional anda secara tidak langsung
  • Anda seorang yang berkomitmen

Jadi, pastikan emel permohonan jawatan anda tertib dan teratur serta padatkan dengan info yang penting sahaja. Ingat, emel anda juga perlu profesional dan jangan begitu keanak-anakan.

LAMPIRAN RESUME & SIJIL

Jangan lupa untuk lampirkan bersama resume dan sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Oleh itu:

  • Save resume anda dalam bentuk PDF agar lebih kemas dan senang dibuka.
  • Sijil yang di scan juga di save dalam bentuk PDF.
  • Save resume anda dengan nama yang ringaks serta profesional seperti contoh berikut: RESUME MOHD ADAM atau SIJIL AKADEMIK MOHD ADAM.

UPDATE JAWATAN KOSONG MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program MyStep, sila layari portal laman web berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...