Preview
Portal Kini.
Informasi

Astro: Tonton Saluran Percuma Kanak-Kanak & Berita Selama 12 Hari

Mulai hari ini sehingga 26 Januari 2021, semua pelanggan Astro bakal menikmati saluran kanak-kanak dan berita secara percuma melalui televisyen dan peranti di Astro Go. Mungkin pihak Astro memahami kebosanan rakyat Malaysia yang dikenakan kawalan pergerakan PKP, PKPB dan PKPP di negeri...

Mulai hari ini sehingga 26 Januari 2021, semua pelanggan Astro bakal menikmati saluran kanak-kanak dan berita secara percuma melalui televisyen dan peranti di Astro Go.

Mungkin pihak Astro memahami kebosanan rakyat Malaysia yang dikenakan kawalan pergerakan PKP, PKPB dan PKPP di negeri masing-masing seterusnya menyediakan saluran percuma ini untuk dinikmati oleh pelanggannya.

Baca juga: 14 Info Penting PKP, PKPB & PKP 2021 Yang Anda Perlu Alert

Jadi, anda yang bekerja di rumah boleh melayan anak-anak anda dan memberikan masa kepada anak-anak anda menonton rancangan percuma yang disediakan oleh Astro selama 12 hari bermula 14 Januari sehingga 26 Januari 2021 nanti.

SALURAN PERCUMA KANAK-KANAK ASTRO

Terdapat 4 saluran percuma kanak-kanak yang disediakan oleh Astro selain siaran Ceria iaitu:

  • Boomerang: Saluran 619
  • Nick Jr: Saluran 617
  • Cartoon Network: Saluran 615
  • Nickelodeon: Saluran 616

Jadi, anak-anak boleh tonton rancangan kegemaran mereka seperti:

  • Ben 10
  • The Powerpuff Girls
  • Adventure Time
  • We Bare Bears
  • SpongeBob SquarePants
  • Teenage Mutant Ninja Turtles
  • Mr. Bean: The Animated Series
  • My Little Pony: Pony Life
  • Scooby-doo! Guess Who?

SALURAN PERCUMA BERITA ASTRO

Bagi penggemar berita dari Astro, anda boleh menonton berita dari Astro secara percuma melalui 10 saluran berikut:

  • CNN: Saluran 511
  • BBC World News: Saluran 512
  • Al Jazeera English: Saluran 513
  • Channel News Asia (CNA): Saluran 515
  • Bloomberg TV: Saluran 517
  • CNBC Asia: Saluran 516
  • ABC Australia: Saluran 518
  • Astro Awani: Saluran 501
  • Bernama: Saluran 502
  • CGTN: Saluran 503

Astro: Tonton Saluran Percuma Kanak-Kanak & Berita Selama 12 Hari

SUMBER

— Akhir —
Topik Berkaitan #Informasi #Semasa
BACAAN SETERUSNYA

JKM: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan & Semakan Pembayaran

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///