Preview
Portal Kini.
Bantuan Kerajaan

PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan pemberian RM500 secara tunai sekali bayar kepada 2 golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Golongan tersebut adalah individu dari golongan B40 dan penerima Bantuan...

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan pemberian RM500 secara tunai sekali bayar kepada 2 golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Golongan tersebut adalah individu dari golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Apakah syarat kelayakan bagi kedua-dua golongan ini untuk menerima bantuan RM500 tunai secara one-off? Semak kelayakan menerima bantuan RM500 yang disediakan melalui artikel ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 ONE OFF

Tarikh bayaran untuk bantuan RM500 one-off PEMERKASA adalah pada:

  • Bulan Jun 2021

GOLONGAN SASARAN PENERIMA BANTUAN RM500 & BAYARAN TAMBAHAN RM500 BPR

Terdapat 2 golongan yang bakal menerima bantuan RM500 dan bayaran tambahan RM500 BPR iaitu:

  • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.
  • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500 ONE OFF PEMERKASA

Antara syarat yang dinyatakan untuk menerima bantuan RM500 one-off PEMERKASA adalah:

  • Golongan B40 yang telah hilang pendapatan
  • Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Berumur 21 hingga 60 tahun

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN BANTUAN RM500 ONE OFF PEMERKASA

Untuk pengetahuan anda juga, bantuan RM500 ini:

  • Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
  • Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan antara individu yang berstatus bankrap dengan pihak bank, bagi membolehkan golongan berkenaan turut menikmati bantuan Kerajaan.
  • Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Nota: Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan
PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan RM500 kepada golongan B40 dan tambahan RM500 kepada penerima BPR, sila hubungi LHDN di:

— Akhir —
Topik Berkaitan #Bantuan Kerajaan
BACAAN SETERUSNYA

3 Kategori Kompaun Kesalahan & Kadar Pengurangan Mengikut Hari

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///