Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Alamak! Chat Whatsapp Hilang. Ini Cara Dapatkannya Semula

4,357

Anda tidak sengaja terpadam semua chat Whatsapp di dalam telefon anda. Terdapat banyak maklumat penting di dalam Whatsapp tersebut.

Bagaimana anda ingin kembalikan mesej-mesej penting yang terdapat di dalam Whatsapp?

Jika anda ingin dapatkan semula mesej-mesej penting di dalam Whatsapp ke telefon anda, ikuti 2 cara ini sahaja.

2 Cara Kembalikan Chat Whatsapp

Cara untuk kembalikan chat Whatsapp anda adalah :

  1. Backup
  2. Recent Backup

1. Backup

Tahukah anda bahawa aplikasi Whatsapp melakukan ‘Backup’ mengikut pilihan anda sama ada backup secara harian, mingguan atau secara bulanan?

Backup yang dilakukan oleh Whatsapp ini akan menghantar semua data terus ke Google Drive yang telah anda daftarkan ketika muat turun aplikasi Whatsapp.

Berikut cara untuk tetapkan ‘Backup’ Whatsapp di telefon anda.

  • Buka apps Whatsapp di telefon anda.
  • Klik 3 titik dan pergi ke bahagian ‘Setting’.

buka apps

  • Klik ‘Chat’

menu chat

  • Klik ‘Chat Backup’ untuk dapatkan semula chat Whatsapp anda.

chat backup

  • Pastikan apps ini bersambung dengan akaun Google Drive anda. Jika anda ingin menukar akaun Google Drive, klik ‘ Account’ dan pilih ‘Add Account’. Klik ‘Include Videos’ untuk backup video anda.

backup semua

  • Klik ‘Backup’ dan data terus di muat turun ke Google Drive

backup1

  • Jika anda menggunakan telefon yang baharu pula, notifikasi ‘Restore Backup’ akan naik di aplikasi Whatsapp.
  • Klik ‘Restore’ untuk muat naik data Whatsapp anda.

restore backup

2. Recent Backup

Anda juga boleh menggunakan ‘Recent Backup’ sekiranya anda terdelete mesej Whatsapp. Caranya adalah seperti berikut:

  • Uninstall Aplikasi Whatsapp

uninstall

  • Install semula aplikasi Whatsapp

install2

 

  • Pilih ‘Restore’

restore1

  • Chat Whatsapp anda telah kembali

whatsapp

Pentingnya disini anda mengekalkan akaun Google atau menggunakan nombor telefon yang sama untuk mendapatkan semula chat Whatsapp anda.

Jika anda menukar telefon atau terdelete, sekurangya mesej yang terdapat di dalam Whatsapp masih lagi dapat di kembalikan ke telefon anda semula.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Sumber :

  • Whatsapp
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...