Perlu Ker Letak ALAMAT Dalam RESUME? Pencari Kerja Sila Baca Jawapan Majikan Ini

0 66

Alamat rumah perlu letak dalam resume atau tak? Nak letak ke tak payah? Habis tu kalau tak letak macam mana pula? Ok jangan susah hati. Di bawah jawapan untuk persoalan anda.

Nak letak alamat atau tak sebenarnya bergantung kepada anda. Tetapi perkara ini juga boleh mempengaruhi persepsi majikan kepada diri, nilai dan jawatan yang anda pohon. Banyak perkara atau persoalan yang anda boleh pertimbangkan sebelum meletakkan alamat ke dalam sesebuah resume seperti:

  • Perlu ke majikan tahu alamat rumah kita dalam resume?
  • Habis tu kalau tak letak alamat rumah boleh ke?
  • Apa kebaikan dan keburukan kalau letak alamat dalam resume?
  • Macam mana pulak dengan orang yang dah dapat kerja tu?
  • Habis tu kalau saya pindah rumah macam mana pulak?

Sudah pasti persoalan-persoalan ini bermain-main dalam fikiran kita dan mungkin lebih banyak lagi.

Perlu Ker Letak ALAMAT Dalam RESUME?

SUDUT PANDANG MAJIKAN TERHADAP ALAMAT ANDA!

1. TAWARAN KERJA 

Lokasi tempat tinggal anda mungkin memberikan sedikit manfaat kepada anda. Sebagai contoh, jika majikan memerlukan seorang untuk melaksanakan atau menyiapkan tugasan di sesuatu lokasi, secara kebetulannya lokasi tersebut ialah tempat tinggal anda, majikan anda akan menyuruh anda disebabkan anda lebih mahir dengan keadaan, budaya, adat di tempat tersebut. Jika ada halangan bahasa, mungkin anda adalah orang yang paling tepat untuk ‘position’ kerja ini.

Dengan meletakkan alamat juga, majikan dapat melihat kesungguhan dan kesanggupan anda untuk berulang-alik ke tempat kerja, sekiranya bertuah anda mungkin boleh ditawarkan beberapa ‘benefit’ seperti elaun minyak, elaun bahan api dan elaun pengangkutan.

2. KESEDIAAN UNTUK BEKERJA DENGAN ORGANISASI 

Sekiranya kekosongan jawatan yang anda pohon perlu diisi dengan segera, jarak rumah anda amat penting semasa proses permohonan kerja. Majikan mungkin akan melihat kepada alamat dan menyenarai pendekkan untuk menentukan siapa yang boleh mengisi kekosongan jawatan secara segera.

3. PEMERIKSAAN LATAR BELAKANG

Beberapa majikan memerlukan pengendalian maklumat peribadi dan kandungan sensitif yang memerlukan majikan melakukan pemeriksaan kepada pekerjanya (dengan izin sahaja). Majikan anda mungkin memerlukan alamat anda untuk melihat sejarah jenayah dan menerusi alamat, perkara ini menjadi lebih cepat.

Alamat Rumah

KENAPA PERLU MEMPERTIMBANGKAN UNTUK TIDAK MELETAKKAN ALAMAT RUMAH ANDA

1. KESELAMATAN 

Jika anda merasakan keraguan, anda berhak untuk tidak meletakkannya ke dalam resume. Anda mungkin merasakan ada arahan jelas tentang bagaimana data anda akan disimpan, digunakan, atau berapa lama ia akan dikatalogkan. Mungkin terdapat rasa takut terhadap kecurian identiti kerana resume datang dengan banyak maklumat peribadi termasuk nama anda, tempat kerja terdahulu dan data-data peribadi.

2. BEKERJA SEMENTARA

Anda mungkin tidak mahu memasukkan alamat anda apabila memohon jawatan yang anda tidak cenderung untuk bekerja lama. Jika anda tidak mengharapkan untuk membina hubungan yang kekal dengan organisasi di luar jangkaan kerja sementara anda, anda mungkin tidak mahu memberikan maklumat sensitif tanpa diminta terlebih dahulu. Pada dasarnya, melainkan jika ada keperluan yang jelas untuknya, mengapa anda perlu memasukkannya?

3. STATUS GAJI

Majikan juga boleh menggunakan alamat anda untuk menawarkan gaji berdasarkan kawasan tempat tinggal anda. Sekiranya anda tinggal di kawasan luar bandar, mungkin gaji anda akan dikurangkan disebabkan oleh kos sara hidup yang rendah.

Ringkasnya, majikan tidak memerlukan alamat penuh pada resume anda. Apabila memberikan maklumat alamat, majikan mungkin hanya perlu mengetahui kawasan umum anda untuk dapat menilai anda sebagai calon yang berpotensi. Namun ada juga alamat tetap diperlukan atas sebab-sebab tertentu.

Source MauKerja
Comments
Loading...