Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Aplikasi Smart Quran & mySolat 100% Buatan Malaysia Ternyata Lebih Selamat Untuk Kegunaan Umat Islam

1,830

Isu aplikasi Muslim Pro yang dikatakan telah menjual data pengguna kepada pihak yang tidak berkenaan menjadikan ramai pengguna aplikasi tersebut membuang aplikasi ini daripada telefon bimbit masing-masing.

Ini menyebabkan ramai pengguna aplikasi ini bimbang sekiranya maklumat atau data peribadi digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

Namun, ramai tidak tahu bahawa terdapat 2 aplikasi yang dibangunkan kerajaan Malaysia dan 100% buatan Malaysia serta sangat selamat untuk kegunaan umat Islam terutamanya untuk:

  • Membaca Al-Quran
  • Semakan bacaan Al-Quran
  • Semakan waktu solat

Apakah aplikasi tersebut? Jom kita lihat dengan lebih dekat apakah aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia ini untuk kegunaan umat Islam dengan lebih selamat.

APLIKASI SMART QURAN & MYSOLAT

Prihatin dengan kebimbangan umat Islam dengan maklumat tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berkongsi salah satu aplikasi yang selamat digunakan oleh umat Islam iaitu SMART QURAN.

1 APLIKASI SMART QURAN

  • Aplikasi ini dibangunkan pada 15 Februari 2018 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
  • Merupakan aplikasi Al-Quran mudah alih yang pertama diluluskan oleh Lembaga Perlesenan dan Kawalan Percetakan Al-Quran di bawah KDN.
  • Aplikasi ini mempunyai beberapa fungsi seperti PILIHAN SURAH MENGIKUT NAMA SURAH, PILIHAN SURAH MENGIKUT JUZ, PENANDA HALAMAN, TEKS AL-QURAN FORMAT RASM UTHMANI, TERJEMAHAN (TAFSIR), MOD GELAP.

Aplikasi Smart Quran & mySolat 100% Buatan Malaysia Ternyata Lebih Selamat Untuk Kegunaan Umat Islam

Muat turun aplikasi

ANDROID

Aplikasi Smart Quran & mySolat 100% Buatan Malaysia Ternyata Lebih Selamat Untuk Kegunaan Umat Islam

IOS

Aplikasi Smart Quran & mySolat 100% Buatan Malaysia Ternyata Lebih Selamat Untuk Kegunaan Umat Islam

2 APLIKASI MYSOLAT

  • Aplikasi ini juga dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
  • Merupakan aplikasi yang menentukan waktu solat serta penentuan arah kiblat, kalender Islam, masjid terdekat, doa harian, koleksi bacaan, infografik, tasbih digital dan lain-lain.
  • Untuk muat turun aplikasi ini, klik sahaja disini.

Aplikasi Smart Quran & mySolat 100% Buatan Malaysia Ternyata Lebih Selamat Untuk Kegunaan Umat Islam

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...