Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Operasi Mesin ATM Kini Tutup 10 Malam Hingga 7 Pagi, Keluarkan Duit Sebelum Waktu Itu ~ BNM

0 4,959

Untuk pengetahuan, operasi harian untuk mesin ATM (pengeluaran wang automatik) akan dihadkan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), dengan waktu operasi terbaru bermula dari 7 pagi hingga 10 malam.

Ini bermakna tiada urusan pengeluaran dapat dijalankan selepas waktu operasi terakhir pada jam 10 malam. Jadi, ketua keluarga dinasihatkan untuk menjalankan segala urusan pengeluaran sebelum operasi di tutup.

Perkara itu dimaklumkan dalam senarai soalan lazim yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai akses kepada perkhidmatan kewangan penting dalam hari ini.

“Terminal layan diri, contohnya ATM, mesin-mesin deposit tunai, cek dan duit syiling, akan beroperasi sepenuhnya di lokasi yang mudah diakses, iaitu di premis dan lokasi yang tidak terjejas oleh PKP.

“Bagaimanapun, waktu operasi harian bagi semua terminal layan diri termasuk ATM akan dihadkan dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang tempoh PKP ini (18-31 Mac),” kata BNM.

Tambah BNM, perbankan dalam talian, iaitu perbankan elektronik; perbankan mudah alih; perkhidmatan kad pembayaran dan perkhidmatan pemprosesan cek beroperasi sepenuhnya.

Perkhidmatan pengurupan dan kiriman wang pula masih disediakan di cawangan bank.

Jelas BNM lagi, pemprosesan dan pengendalian tuntutan insurans dan takaful, pengeluaran surat jaminan dan pembaharuan polisi insurans dan sijil takaful akan diteruskan seperti biasa.

Penyedia perkhidmatan e-pembayaran juga dianggap perkhidmatan penting kerana ia termasuk dalam kategori e-dagang yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai perkhidmatan penting di bawah PKP.

“Walaupun kesemua penyedia perkhidmatan penting ini dibenarkan memberikan perkhidmatan di kaunter secara terhad sepanjang tempoh PKP, BNM amat menggalakkan penggunaan saluran elektronik.

“Jika tidak benar-benar perlu, elakkan pergi ke cawangan dan premis penyedia perkhidmatan ini demi keselamatan dan kesihatan anda,” kata BNM.

Jelas BNM, urusan tidak dijalankan seperti biasa dalam tempoh PKP untuk memastikan langkah penjarakan sosial dipatuhi untuk keselamatan dan kesihatan pelanggan serta kakitangan penyedia perkhidmatan kewangan.

“Penyedia perkhidmatan kewangan penting yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini ialah bank, institusi kewangan pembangunan, syarikat insurans dan syarikat takaful,” katanya.

BNM juga mengingatkan bahawa pelanggan mungkin perlu menghadapi sedikit gangguan dan kelewatan dalam operasi biasa cawangan bagi memastikan kawalan terhadap pelanggan yang datang adalah berkesan.

“Sesetengah cawangan mungkin ditutup. Cawangan yang dibuka diberi kelonggaran menyediakan perkhidmatan kaunter yang terhad atau memendekkan waktu urusan.

“Walau bagaimanapun, semua transaksi perbankan yang biasa masih boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui peranti mudah alih.

“Jika anda tidak mempunyai akaun dalam talian, anda masih boleh mengeluarkan dan menyimpan wang tunai, serta memindahkan wang dan membayar bil di terminal layan diri, iaitu ATM dan mesin deposit tunai,” kata soalan lazim itu lagi.

Senarai penuh soalan lazim boleh di baca di sini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...